Showing posts with label my dream is become a chef. Show all posts
Showing posts with label my dream is become a chef. Show all posts

Feb 11, 2012

Jom Masak Masak Lasagna

Makan!Makan!Makan!
MasyaAllah, Allah sahaja yang tahu macam mana rupa I bila jumpa makanan.
Haloba! Ya, itu saya!
Selalunya I akan haloba dengan makanan orang masak je, tapi kali ni haloba dengan masakan sendiri.
Walla~~ PERASAN
Eleh, korang pun camtu kan cuma tak nak tunjuk je..kan.kan.kan..
Ok, back to my point. Hari ni nak tunjuk kepakaran memasak..
Lasagna Bolognese
Chewahhh!Jangan muntah ye kawan kawan..depan makanan ni. Tak elok.

Barang-barang ni semua boleh dapat kat Supermarket sebab kalau cari kat kedai basikal memang tak jumpa.
Eh, kejap. Bukan bahan-bahan kat atas ni je tau. Bawang, mushroom button, oregano, minyak zaitun, mozarella cheese, cheddar cheese, tomato puree, tepung gandum, fresh milk, gula dan garam ye puan puan, tuan tuan.



Sekarang dah boleh start masak, tumis kan bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun yang berkhasiat tu ya. Masukkan daging sampai kita boleh tahu dia dah masak, tak ada mentah-mentah. Lepas tu masukkan tomato puree, pasta sauce, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula. Kalau macam pekat sangat kuah tu letak la air sikit. Itu citarasa kalian lah ye.




Ohh, ya! Sambil memasak kuah bolognaise tu boleh la merebus kulit pasta ni. Tak ada lah buang masa yang bernilai tu. Masa itu kan emas. Cara nak rebus tak payah explain la ye, tengok paket je. Dia dah ajar kat situ macam mana nak buat. Ikutkan je.




Yang ni pula untuk buat bechamel sauce ataupun sos putih. Alaa..kalau pernah makan lasagna, mesti pernah tengok dan makan sos putih tu kan? Cara dia cuma campurkan fresh milk, tepung, cheddar cheese, butter, black pepper dan garam secukupnya!




Dah siap masak-memasak di atas dapur, sekarang dah boleh susun menyusun mengikut layer yang betul ya.. Ikut turutan nombor gambar kat atas tu. Jangan lupa taburkan mozarella cheese dan oregano tau. Lepas tu bakar. Mengikut suhu oven anda. InsyaAllah dengan hati yang ikhlas, tulus, suci jadi lah lasagna anda.


Nyum..nyum..nyum..


 Kalau nak buat lasagna carbonara ke, seafood ke,  masala semua sama je cara dia cuma sos je yang lain.


Jom tengok Dania a.k.a Junior Master Chef yang menyibuk jugak kat dapur. Orang buat lasagna. Dia buat kek coklat.


Nov 26, 2011

Gila Cheese Cake!

I memang fanatik sangat-sangat dengan CHESEE!!!
Especially Chesee Cake. Paling I gila kan Raspberry Cheese Cake, Secret Recipe. MasyaAllah, boleh dikatakan hari-hari makan pun tak apa. Tapi kan mahal, yela 1 slice je RM7.50. I pulak mana cukup akan 1 slice je, celah gigi je kot tu. Erkkk? Betul. Tak tipu.
So bersama kakak Dalila ku yang tercinta, yang memahami kegilaan adik dia kepada Cheese Cake. 
Kami telah berganding bahu menyiapkan 
Blueberry Cheese Cake dan Strawberry Cheese Cake (hari lain-lain lorr..kami tak serajin itu). 






Cubaan membuat Strawberry Cheese Cake and Blueberry Cheese Cake memang mencabar!! tapi hasilnya?
Jeng..Jeng..chewahhh!!




So compare pula dengan Raspberry Cheese Cake Secret Recipe




Ermmm, ok sedar diri. Tak nak compare-compare. Confirm kalah.
 Cuma I rasa baik kita buat sendiri dari beli, unless memang you seorang je makan kan, nanti tak ada lah membazirkan. Bila kita buat sendiri kita boleh letak macam-macam ikut suka kita. Dan rasanya lagi berbaloi-baloi puas hati dari beli dah siap.


Ehh,kejap. Sebelum korang tanya pasal resepi, bukan tak nak bagi. Kitorang pun baru belajar so memang resepi tak stick 1 resepi. Just mix and match! Bukan fashion je tau boleh mix and match. Resepi makanan pun boleh.


Tunggu apa lagi Tekan Ctrl + T search kat Mr. Google "Cheese Cake Recipe"


p/s: Bila dah penat bakar Cheese Cake tu boleh cari ni pulak.

Oct 1, 2011

Jom Masak Masak - Pudding Caramel Without Eggs!!

Ada ke dalam dunia ni orang tak suka telur?
Weii, adalah hari tu ada yang tanya boleh tak nak buat Pudding Caramel tak payah letak telur.
Jawapannya : Boleh saja..
*tiba-tiba diri ini macam Cheff Wan bila ditanya  soalan tu..erkk?
Selalunya kalau dah nama Caramel mesti berkaitan dengan telur kan?
Kali ini, boleh lah sesiapa yang tak suka telur, allergic ke dengan telur boleh dah makan Caramel.
Cuma kena guna susu (susu sejat penuh krim-ideal, rasanya lagi sedap kot), castard, serbuk agar-agar, gula, dan essen vanilla.

Serbuk Agar-Agar

 So gula kita panaskan macam biasa kacau sampai cair jadi colour coklat. Lepas dah cair curah kat mould macam ni;


Letak kat tepi dulu,dia akan keras dengan sendirinya.
Lepas tu kacau castard dan susu sampai rata. Jangan bagi ada ketul-ketul castard dalam susu tu.
Bila dah rata. Masak agar-agar macam biasa, letak gula dan air.  Dah cair tu  time atas dapur tu jugak   masukkan kan susu yang ada castard tadi. Jangan lupa letak essen vanilla sikit ok!
Siap!
Topping, you all letak la apa sahaja. Janji sedap dan nampak menarik!


Ada Rahsia nak beritau ni, nak beza kan Pudding Caramel ada telur dengan tak ada;
ada telur dia macam gambar kat bawah ni, ada bintik-bintik tu. Kalau tak ada, selalunya plain je. 


Selamat Mencuba!! chewahh!

Sep 6, 2011

My homemade Strawberry Panna Cotta!!

HOLLA!!!
Ampun ya..bukan tak nak update cuma nggak cukup tenaga dan masa.
Jangan marah ya! Cehh!!alasan semata-mata.
Anyway, dah ada idea nak buat dessert apa untuk open house nanti?
Kalau tak ada lagi, I ada idea!!
PANNA COTTA!!!



Panna cotta sebenarnya dessert daripada Italy. I buat lah research sikit-sikit.
Banyak blog dan macam-macam cara dan bahan I tengok diorang buat, so I pun try lah buat sendiri. Sebenarnya dessert ni sangat sesuai untuk sesiapa nak baru-baru nak belajar buat dessert (amboi..sarcastic pada diri sendiri ye..ngeee~)


Let's start!
Mula-mula sediakan gelatin. Sekarang ni dah banyak gelatine halal, boleh dapatkan gelatin halal gel ke, nona ke, banyak lah.


Masuk 4 1/2 sudu teh gelatine dan 3 sudu teh air kosong. Ada juga I tengok diorang gunakan susu untuk campurkan dengan gelatine. Nampak gebu adunan nanti. Mana-mana pun ok.

 Beberapa minit dia akan jadi macam ni.

Tinggalkan campuran gelatine tadi. Then sediakan 2 1/2 cawan fresh milk/ heavy cream.
I suka HL milk! So I choosed it!


Panaskan susu dan 1/4 cawan gula sampai keluar buih-buih kecil. Boleh juga kalau nak guna gula icing sebab susu tu dah maniskan.
Lepas dah panaskan, masukkan pula 1 sudu teh essen vanilla. Kalau orang Itali, mereka gunakan pure vanilla extract tapi kat sini kan susah nak dapatkan so guna lah essen vanilla. Rasanya sama je kot.


Lepas tu baru masukkan campuran gelatine tadi dalam adunan susu ni.
Gaulkan sampai rata (hilangkan ketul-ketulan gelatine) dan padam kan api.
Kira dah siap tu, masuk adunan panna cotta dalam gelas ke, mangkuk ke, apa-apa acuan yang boleh nampak menarik. Dalam acuan tu juga I masukkan nata de coco dan sos strawberry,  letak dalam peti ais dalam masa 5-6jam.


Ok, sekarang nak buat sos strawberry; kacang jerrr..cuma



Campurkan gula dan potongan strawberry, letak dalam peti sejuk dalam masa beberapa jam sama masa dengan adunan panna cotta tadi.
PESANAN!! Kalau nak letak strawberry dalam adunan panna cotta tu, kena lah buat beberapa jam awal sebelum buat panna cotta ni tapi kalau untuk perhiasan je, buat lepas siap adunan tu pun tak pe. So terpulanglah kepada u olzz ok? Macam mana cara pun tetap sedap.
Dan satu lagi, kalau tak nak guna strawberry, tapi nak guna mangga ke, laici ke, blueberry ke, blackberry ke..eh?blackberry?blackberry play book boleh?..oitt!sudah!.
Erkkk..ok2.Caranya tetap sama. Ikut selera masing-masing.
All the best!!

nyum.nyum.nyum..

p/s: I boleh jadi cheff tak?erkkk..

Jan 30, 2011

Jom Masak Masak Kek Batik!!

Terngiang-ngiang bila orang cakap "Sedapnya kek batik zetty", "Pandainya you buat kek ni", "Rajinnya masak"
Awww..so blushing. Padahal korang semua nak jaga hati I kan.
Eleh..tahu la..
Tapi TAK PE disebabkan I kena puji sampai besar hidung I ni, dengan ini I baik hati nak share resepi Kek Batik. Tahu tak macam mana Kek Batik tu? Eh, bukan kain batik tau. Kain batik tu tak leh makan. Kek Batik ni bukan takat boleh makan, tapi boleh save budget sebab barang untuk buat dia simple dan murah!


Barang-barang untuk buat kek batik!! 

Bila dah ada barang-barang ni boleh lah start buat Kek Batik yang Enak. Simple je kan?
Mula-mula cairkan Buttercup dulu ok?


Buttercup dipanaskan



Pecah-pecah kan biskut Marie & masukkan MILO pulak. Hah, cakap pasal MILO ni, bila you all dah beli MILO boleh lah masuk contest MILO FUZE. Perut kenyang, hadiah pun dapat. Whoahhh! 



Then masukkan lah buttercup yang dah cair tadi, susu pekat dan kalau nak sedap lagi campurkan lah kacang tanah yang dah dimasak sekali. Gaul dan ratakan semua!




Dah rata semua, masukan dan padatkan bancuhan tadi kat cake mould dan masuk kat peti ais untuk keraskan.


Banyak betul masuk masuk kan? 
Ermm, macam mana?boleh jadi host masakkan tak? (^-*)



Dah siap! Boleh potong!


Bukan gambar sebenar. Bila kek dah potong, tak sempat dah nak diselamatkan.
Dah terkorban. (^_^)

Sesiapa nak save budget untuk celebrate birthday sesiapa boleh try buat Kek Batik ni!

Oct 19, 2010

Jom Masak Masak - Let's Make Your Own Pudding Caramel!!



Ehh..ehh..ehh..lap air liur yang menitis tu dulu.
Semalam I bersama kakakku Ayong made this caramel untuk POT-LUCK di office!
So sambil driving balik dari kerja semalam I pun berfikir apakah makan yang mudah untuk dibuat dan enak!
Ting!ting!ting !Yeah, PUDDING CARAMEL! Mudah & Enak!
Kita cuma perlu telur, susu cair, vanilla essence,  gula dan air!
Betul kan ayong kan?hanya tu je kan?
 Cuma hiasan atas tu terpulang lah nak letak apa-apa pun. For me, caramel sangat manis so I put something yang masam-masam sikit kat atas supaya tak muak sangat dan enak!
I choosed peach and natadecoco!
Panaskan gula dan cairkan dengan air dan letak dalam cake mould. Then pukul telur dengan vanilla essence and the same time gula and susu  dipanaskan. Bila dah susu dah panas masukkan dalam telur dan kacau. Dah sebati baru masukkan dalam cake mould yang ada gula tadi dan kukus!
Siap kukus kita sejukkan bolehlah simpan dalam peti ais dan hias la peach and natadecoco tadi!
That's all!!
Mudah kan? So kawan-kawan yang nak I buat kan sediakan ongkosnya ok?
Ada ongkos semua pun boleh!(^_*)
Thanks ayong help me to make this caramel more delicious!
Sayang ayong!!Time-time ni baru nak sayang kan?
Ehh, lupa.Thanks juga kat angah bagi pinjam dapur.
Love u both!!!
Kalau tak tolong dan tak bagi pinjam pun I sayang juga ok.


Pagi tadi I dapat positive comment daripada semua!huwaaaa!!rasa macam kembang sangat badan ni kena puji!haha. Perasan,padahal bukan buat sorang!(-_-)
Baru letak 10 minit dah habis! Kepada yang tak dapat rasa, tak apa next time kalau I rajin I buat lagi ok?

Sep 14, 2010

Jom Masak Masak Rendang Ayam Ala-Negeri Sembilan




Nampak enak kan Rendang Ayam Ala-Negeri Sembilan ni? Memang enak!Sangat nyum..nyum..nyum..
Tambah-tambah raya ni mesti ramai teringin nak makan rendang kan?
Nak tahu camna nak buat rendang ayam seenak ini?I ada resepinya plus tadi pun I tanya my sister untuk reconfirm.thanks ayong!ngeee~
 Bahan-bahannya cuma;
ayam, santan kelapa, kunyit + cili padi siap blend, kerisik, serai tumbuk dan garam.
 Caranya pula;
Masukkan kunyit + cili padi blend tadi dengan ayam dalam kuali. Gaulkan sampai kering maksudnya ayam tu dah tak mentah sangat dan tak de air.
Then baru kita masukkan santan kelapa, kalau mama, uwan panggilan nenek untuk orang negeri sembilan dan aunty-aunty saya tak suka kan santan kotak. Takut dah ada campuran bahan lain.
So guna lah santan plastik tu ye. Lebih original.
Masukkan santan tadi dengan kerisik ke dalam kuali tadi. Disamping tu, masukkan juga serai yang dah ditumbuk tadi dengan garam secukup rasa. Lepas tu gaulkan dan jangan sampai santan jadi tahi minyak pulak tau. Biarkan kering sampai jadi macam gambar kat bawah ni.


Pastu boleh la angkat untuk di makan bersama lemang dan ketupat. Boleh dimasak bila-bila masa tak kira raya ke tak, mama pun masak je kalau bukan raya pun.

Eyhhh, I lupa nak bagitahu untuk sukatan I mintak maaf sangat-sangat sebab I tak sure sebab semua pun mengikut berapa ekor ayam dan sesedap rasa.
Lagi satu kalau tak nak ayam boleh gantikan dengan daging. Enak juga dehhh!!


Kalau you all tak dapat nak buat sendiri, boleh je order kat I. Harga I akan kemukakan kepada sesiapa yang berminat mengikut berapa banyak yang anda semua mahu kan ye. 
Tapi untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor je tau.
Anything for you guys!!