Aug 23, 2011

Tempat berbuka puasa?


Bulan puasa adalah bulan yang penuh berkat dan bulan ini juga merupakan bulan merapatkan semua ahli keluarga dan kawan-kawan dengan bersahur, terawikh dan berbuka. Kalau dah nama bersahur dan berbuka mestilah nak cerita pasal makan. *sambil mengangkat kening.
Kalau pasal makan, mestilah I paling suka!
Selera berpuasa macam-macam rasa nak makan so I try to suggest beberapa tempat untuk Ramadhan 2011 untuk berbuka puasa kalau nak rasa kelainan sikit la kot. Hopefully dapat membantu you ollz!

Minggu pertama berpuasa, tekak ni rasa macam nak makan makanan Indonesia so we choosed Bumbu Desa yang full of Sunda and Padang Indonesian Cuisine. Ada orang kata kat sini masakan Indonesia terbaik di Kuala Lumpur. Tak tahu nak cakap camna, try la dulu. Tapi kalau datang weekend kena booked dulu ok.

Sebelum..

Selepas..MasyaAllah..

Siapa yang suka makan masakan Thailand yang sangat pedas tu. Yess, ini paling best!
Masakan kat sini semua pedas ok! Bukan pedas sikit-sikit, pedas yang melampau!
Lagi satu, sesiapa yang ke sini jangan lupa try air lemongrass ok! Memang best, rasa macam fresh baru lepas massage kat spa.ngeee~ 


Mereka lebih mementingkan handphone dari makanan..haishh.

Renaissance Hotel
Makanan buffet! Ini mesti ramai suka, makan berapa banyak pun bayaran tetap sama. Memang selalunya bulan ramadhan, banyak hotel atau restaurant sediakan makanan buffet macam ni.  


 Selera orang berpuasa..ishh.ishh.ishh..

We're not lucky!

Overall, seafood kat sini memang best! Ais krim pun best!

Anda mahu berbuka kopi Kemaman? Kopi Muar? Antara the best kopitiam lah boleh dikatakan. Surrounding kat sini pun dah macam Kedai Kopi Kampung Pisang dalam Hantu Kak Limah tu sebab siap ada sediakan makanan tradisional macam nasi lemak, pulut kuning, roti jala, soto, tauhu sumbat dan macam-macam. So kalau rasa nak minum kopi Tanjung Malim, tak payah susah-susah nak pergi sana, kat Bangsar ada.




Ya Allah, ini makanan wajib I so memang tak boleh kata tidak.



Ok lah, tu je kot. Sebenarnya banyak lagi tempat untuk buka puasa tapi mata dah mengantuk. Kalau sempat I try inform lagi.
Untuk bazar pulak, disebabkan I duduk area Cheras so the best bazar untuk masa ni bazar Bandar Tasik Pemaisuri sebab paling banyak makanan dan so far tak ada lagi I tertipu. Tertipu tu macam air soya tawar atau basi lah, kuah bawang murtabak basi, laksam campur tepung jagung la. Aduss! Tu memang tak boleh blah. Kadang-kadang tak faham dah la nak cari rezeki, bulan Ramadhan pulak tu. Tak kan nak tipu lagi.
Haisshhhh...

Ehh, psttt..psttt..jom cantik-cantik buat facial nak tak? Nak raya ni..

Aug 2, 2011

Janji!


I can’t promise you a perfect relationship. 
I can’t promise you we’ll never fight.
I can’t promise you I won’t get jealous.
But I can promise you it will be worth it. 
I can promise you I will make you happy. 
I will make you proud to say I’m your girl.
I can promise you a good time every time we’re together. 
Just keep your word and I’ll keep mine.
Promise.


Dedicated to you! Yes, you!

Aug 1, 2011

Pelesit!

Firstly nak ucapkan Tahniah kepada team Dramatis yang menjayakan Teater Pelesit di Taman Budaya Kuala Lumpur!
Wahhhh!korang semua memang superb! Training sebulan lebih je.Hebat!Hebat!
Nampaknya tak sia-sia usaha Cikgu dan Kak Liza selama ni!
Ok, meh I cerita sikit pasal teater Pelesit ni. Kalau ikutkan Tok Wikipedia Pelesit ni;
Sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh
seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. 
Erkkk..Wanita? Dalam teater ni bukan Wanita ye yang bela, Lelaki! Ok, what ever!


Cerita dalam satu perkampungan yang diberi nama Kampung Sri Pelesit.*mungkin sebab ramai yang jadi Pelesit dalam kampung ni kot.ngeee~
Terdiri daripada Meli Kongo, Mat Piah, Dollah, Mak Uda, Wani, Amirah, Nani, Ana dan ramai lagi penduduk kampung yang lain. Meli Kongo, Mat Piah dan Dollah antara dikatakan Pelesit Kampung yang suka kacau orang-orang kampung terutama Wani, memandangkan Meli Kongo yang sememangnya suka dengan Wani.
Dalam kampung tu juga ada  Pak Taib yang bela hantu raya yang diwarisi ayah dia dulu. 
So macam-macam konflik dalam kampung ni;
 Pak Taib kena bunuh dengan hantu raya, Meli Kongo cuma anak angkat orang kaya dan sebenarnya anak kandung Pak Taib,  Meli Kongo dan Wani dah  berbaik-baik dan falling in love!awww..I like!
Overall memang sangat-sangat ok!
Jom tengok scene dalam teater Pelesit ni;

 Pak Taib dan arwah ayah dia pembela hantu raya.

Ye, tu dia hantu raya!!


Meli Kongo, Mat Piah, Mak Uda dan Dollah



Congrats guyssssss!!! Two thumbs up!!

Ini lah Mr. Director Pelesit!

Dengar suara Meli Kongo nyanyi..boleh tahan gak kan?ngeee~



Pendek sangatkan video tu? Sebenarnya memang saje pendek kan nak cover.
Supaya korang tengok diorang perform lagi lepas ni! Memang best ok!