Jan 1, 2011

Al-Fatihah to Faizal Yussof


Faizal Yussof pelakon dan bekas suami kepada Siti Nordiyana yang nyanyi Bola-Bola Api dah meninggal dunia tadi pukul 1.45 tengah di PUSRAWI sebab heart attacked.
Dari berita terkini tadi Abang dia Saiful Yusof bagitahu Faizal pengsan kat bilik air rumah dia dalam pukul9 pagi tadi.
Yang lagi sedih, isteri baru dia tengah pregnant 5bulan.
Al-Fatihah

Dec 29, 2010

Pencemaran blog akibat Indonesia kalah dengan Malaysia

Yeeaaayy!!!MALAYSIA MENANG!!
CONGRATS MALAYSIA!!!!!
MALAYSIA terlampau HEBAT!!!

Tapi yang tak best ada Indonesian yang ingin mencemari dan menabur benda tak baik kat blog Missy ni.Adoyaaaaiii!!
Kita kan serumpun sebenua se'sia' tak baik lah camni kan?
Tak pe. Mungkin terlalu emosi dan tak boleh terima dengan kekalahan negara diakan?
Dimaafkan(^_^)

Dec 26, 2010

Malaysia 3 - Indonesia 0!!!!

Wahhhh!!hebat!!!
Rasa sangat-sangat bangga dengan kehebatan Malaysia bila dapat kalahkan Indonesia.
Walaupun terhenti 5minit sebab laser oleh si penyangak mana entah yang merosakkan imej Malaysia!!
Haishh..entah apa-apa entah!!
Apa-apa pun dah terbukti Malaysia boleh menang tanpa laser!
3-0 weiii!!!

Safee Sali!!Tabik spring..toink..toink..toink!

Dua Hero Malaysia Terbaru Safee Sali score 2 gol, 1 gol lagi Anshari Shamsuddin (dah google gambar dia tapi tak de, sorry bro!)

Ade nampak Vincent tak kat situ?

Lepas ni lawan lagi kat Jakarta lak kan?
Good luck Malaysia!!
Malaysia Boleh!!Malaysia Hebat!!!
p/s:Jangan terkejut I tahu semua ni (^_*)

Dec 25, 2010

Menyelam di daratan Kemaman

Tak sia-sia pergi berbengkel  kat tepi pantai Pulau Cherating yang indah. Berbengkel?
Ok, bukan bengkel Workshop Ah Yaw kat Ampang tu, ni bengkel untuk buat garis panduan kerajaan.
 Maklumlah berkhidmat untuk negara kan?

Apa ni amik gambar. Sila concentrate ye. Baiklah (-_-')
Orang kata sambil menyelam minum air kan? Tapi I tak menyelam dalam lautan kat sane tu.
Cuma menyelam kat daratan mencari makanan yang best di Kemaman. Tu pun boss kesayangan yang suggest kan. Thanks boss!
Untuk sesiapa yang tak tahu Cherating dan Kemaman tak jauh. Mula-mula pun I ingat Cherating ke Kemaman jauh, yela..Pahang ke Terengganu kan? 2 negeri tu kan?
Rupa-rupanya kenyit mata je dah sampai. Eh, betul ke?
Ermm, yang penting kejap je dah sampai.

Nyum..nyum..nyum..
SATAR!! 
Yess!Makanan yang I tak pernah jumpa dan tak pernah makan pun. Akibat daripada paksaan rakan-rakan untuk makan makanan timur ni, I pun dengan rela hati mencuba.
MasyaAllah, sedap weiii!Sumpah tak tipu!

Terasa Ikan yang fresh dan cili padi yang membara.
I bukan pencinta ikan ni pun boleh kata sedap, apa ntah lagi sesiapa yang cinta mati sama ikan. Confirm suka! Isi ikan terasa sangat fresh dan rasa manis campur pedas kalau tergigit cili padi tu. Memang sangat sedap. Cicah lah sos cili sekali, tapi bukan sos cili Maggie kat Giant tu tau. Sos cili yang untuk keropok lekor tu, buatan orang tempatan kita. 
Sedap gila dow!!
Tapi yang tak bestnya, kawan-kawan cakap Satar kat Kemaman dengan kat KL tak sama.
Ala..yeke? Ye, diorang kata Satar kat KL tak sedap dan lain sangat. I pun tak sure apa yang lain sebab ni first time seumur hidup jadi manusia makan Satar. Kini saya pencinta Satar so kalau sesiapa yang tahu apa kelainan Satar Kemaman dan Satar KL marilah berkongsi cerita. 


Selain Satar yang enak, Warung Aziz Satar bukan Aziz Satar penyampai hadiah Anugerah Skrin semalam tu tau. Ini Aziz Satar pakar masak Satar yang I pergi  makan ni hidang ketupat palas, otak-otak dan keropok lekor. Keropok lekor Terengganu tak boleh tinggal cuma tak sempat nak amik gambar sebab dah kena sambar dengan burung-burung nuri yang buas dengan pantas. Haishh, apa main-main ni. Ok maksudnya dah kena makan dengan kami lah burung nuri tu.
Tapi kan otak-otak Kemaman ni pun tak sama dengan otak-otak Gelang Patah yang tak patah-patah selera I makan kat Batu Pahat dulu. Beza otak-otak Kemaman ni isi ikan bakar dan rempah sikit. Tapi I lebih suka otak-otak Gelang Patah, lebih enak sikit. Bukan sikit banyak. Opss!

Warung Aziz Satar bujang lapuk. Eh, Aziz Satar pakar Satar.
Apa lagi Jom lah ke Kemaman nikmati Satar!

Dec 22, 2010

Ahli Parlimen mana bawa baby masuk PARLIMEN?


Licia Ronzulli
Ahli Parlimen di Eropah bawak baby dia yang baru 1bulan ke mesyuarat Parliament di Strasbourg.
 Dia buktikan penjagaan anak bukan satu masalah untuk jadi WANITA BERKERJAYA!!
Hebat!!!!!!!!!







 Sooooo Sweeettt!!