May 17, 2011

Makanan Western ala-ala Hotel 5 Bintang!!

Pernah tak rasa nak makan makanan Western ala-ala hotel tapi tak nak harga semahal hotel? 
Kali ni I nak ajak you all semua rasa makanan macam kat hotel.


Intro gambar adik beradik kumpulan Secret K-POP. ambil baldi muntah.bluweekk~
Muka ku walaupun nampak gembira tapi pucat, akibat demam selsema yang melampau.
Tapi disebabkan kakakku yang berbaju kuning yang baik hati nak belanja. 
Nah, terus baik dan tersenyum riang! Thanks Angah!!


Laman Grill, Steak & Bar-B-Que







Best kan? Macam kat hotel kan? Harga pun ok sangat.
Rasa pun sedap!!
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

May 16, 2011

Ketulusan Hati bukan Anuar Zain

Ingatkan Anuar Zain seorang je yang nyanyi lagu Ketulusan Hati.
Rupanya ada penyanyi Indonesia Marshanda pun nyanyi lagu Ketulusan Hati.
Ala..tajuk je same tapi lirik dan muzik sangat lain.
Sumpah, I dah jatuh cinta dengan lagu Marshanda ni.
Sangat meaning full!!!

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku


Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon


Yaa Allah ridhoi ketulusan hati

Yaa Allah beri aku ketabahan

Yaa Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Yaa Allah



Di dunia yang sarat godaan

Ku mohon dosaku diampunkan

Ingin bahagia, Dunia akhirat

Turunkan rahmat-Mu untukku



Yaa Allah ridhoi ketulusan hati

Yaa Allah beri aku ketabahan

Yaa Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Yaa Allah 



May 9, 2011

Thanking Allah for the wonderful women in my life.

Alhamdulillah
Thank you Mama...Thank you Everything you've done.
You have been there for me through the good times and bad and I am fortunate to have a mother and a friend like you in my life. You fill my days with happiness and my world with your love. I can only hope that my own children will one day rest easy in knowing that I am there for them the way that you have been for me. How much you matter to me, and how much I thank you for being such a wonderful mother ever!!
 I love you so very much MAMA!!!!!!!



May 7, 2011

Jangan Cari Saya Lagi

Attention kepada Pak Cik Polis dan Pak Cik Majlis,
Dengan ini saya mengakui bahawasanya saya..

Sudah bayar saman!!hooyeayyy~~







Lega sangat-sangat. 
Sebenarnyakan, sekarang ni bila kena saman dengan Polis memang langsung dah tak de diskaun-diskaun.
Kalau kena saman RM150, RM150 jugak lah you kena bayar. Ye, memang menyedihkan. 
Tu lah siapa suruh parking sesuka hati! (-_-)
Tapi bila kena saman dengan Majlis Perbandaran  Ampang Jaya ada diskaun tau!!
I kena saman RM50, diorang charge RM20. Terima kasih MPAJ!! I love you lahhhh!!
Apa-apa pun, yang penting jangan parking kenderaan sesuka hati mak ayah kita je tau. Kena check betul-betul ada line kuning ke tak, ade kotak parking le tak,
 kalau kena bayar parking sila bayar ye.
 Jangan jadi seperti saya. (-_-')

May 4, 2011

Pizza Mamamia!!

 Shhhhhh!!!
Kali ni tak boleh cakap kuat-kuat atau terang-terangan
sebab I ade satu rahsia nak bagitau ni,
ni rahsia keluarga tau. Tak boleh bagitau sesiapa.
Janji Ok?


Sebenarnya I nak buat pizza tapi tak jadi. Bukan tak jadi buat pizza tapi pizza tu dibuat oleh mama.
Sebab I memang tak pandai menguli-nguli dough.
Ek..eleh.tu je rahsianya? 
Yela..
Itu bukan rahsia itu fakta. Cisss! Sudah!!
I nak cerita cara buat Pizza Mamamia!! Pizza Mamamia?? Saje je letak nama tu.
 Bila mama dah offer untuk mengguli dough tu so dengan gembiranya I seperti biase pun menonton je.
Lepas tu I buat sendiri tau.


Ini dough yang mama dah uli dan diratakan kat dalam pizza pan. Untuk dapat dough ni, kena ada yeast + air, tepung gandum, susu tepung, garam, gula dan minyak. Hah, ingat I tak uli, tak tahu ke ramuan dia?*padahal tanya mama tu..ngeeee~~
Apa yang penting mama akan uli dough ni 3 kali, 1kali dia uli lepas tu dia akan biarkan dough tu naik (dalam masa beberapa minit).
Bila dough naik dia akan uli balik sampai cukup 3 kali, supaya empuk dan tak melekat.

Then untuk topping!
Yes, part ni suka!!Ini je part yang I buat.(^_*)


Sauce ni nak buat senang je.Beli lah Sauce Spaghetti Prego ke, Kimball ke, Maggie ke. Banyak sekarang ni. I suka Prego kot. So sauce tu panas kan balik guna minyak & bawang putih (mama kate untuk wangi kan dia erkk..kalau tak die busuk ke?ermm..)dengan daging hancur. Tapi kalau tak nak campur sekali ni pun tidak mengapa. Daging hancur tu goreng dengan bawang putih hancur dulu pun ok. Tabur kan atas dough tu nanti pun boleh. Ikut selera masing-masing la. Janji enak dimakan. Eh lagi 1, kalau nak sedapkan beli daging burger sebab daging burger ada perisa sebab daging hancur biasa tu daging je tak de campur perisa apa-apa lagi. Daging burger tu hancur kan sampai hancur. Erkk..banyak kali hancur ni. Jangan pizza jadi hancur sudah. Ngeeeee~

So untuk ingredients topping lain;


Mixed Vegetable


Frankfurter a.k.a hot dog

Nenas!!Ermm..Nenas ke Nanas ye?



Mozzarella (hiris dulu tau)!!Mozarella akan buat pizza macam ada gam tu, bila kita akan je macam ada getah. Iklan pizza hut dulu kan suka tunjuk pizza tu macam bergetah.


Cheese!!!Hiriskan ok?


Cheese lagi? Ye, saya sangat suka kan cheese!!So memang letak cheese banyak-banyak!


Parsley Flakes!!Kalau nak guna pun boleh, kalau tak nak pun ok. Mama tak suka dia kata comot. Tapi I suka sebab comot.


Comot ke? Tak kan? *sambil besar kan mata.
Tak comot kan, kalau comot pun apa salahnya janji sedap! (^_*)

Apa lagi tunggu? Jom makan!!
Ehem..ehem..baca lah doa dulu.



Amin
Serangggg!!