Aug 13, 2010

Siapa nak buka puasa di Sushi King?


 Nak buka puasa kat Sushi King?
Nanti kejap ada pengumuman ni,
Sushi memang sedap!!nyumm..nyumm..nyumm..Jangan terliur dulu!!Sabar..sabar..I pun sushi lover juga!!Info terbaru diberitahu 1 Ogos 2010 hari tu.



Ya, itu lah pemberitahuan bahawasanya
 UNAGI KABAYAKI dan UNAGI SLICE  yang digemari ramai tu ada kandungan ALKOHOL sebanyak <0.05%!! 
Huwaaaa...patut la sedap..ngeeeee~~
 IKURA juga ada kandungan ALKOHOL <0.3% termasuk SABA MISONI kandungan ALKOHOL <0.15%


UNAGI KABAYAKI

UNAGI SLICE

IKURA

SABA MISONI

So kawan-kawan yang beragama ISLAM, siapa yang suka makan unagi, ikura dan saba misoni kat sushi king tu berhenti la ye..saya tahu semua tu sedap!tapi nak buat macam mane, ade alkohol..sushi yang lain macam ebi, tamago, kanikama, smoked salmon, kanitama maki, chawanmushi dan lain-lain pun sedap juga!!

Selain itu,nak beritahu juga kalau nak buka puasa dekat mana-mana hotel, sekarang ni JAKIM dah keluarkan senarai nama hotel yang mendapat SIJIL HALAL. Klik je kat sini 
So, check dulu sebelum pergi berbuka ok?


SELAMAT BERBUKA PUASA!!

Aug 12, 2010

Cucu Elvis Presley Hot!!



Yeahhhh..you all mesti kenal jejaka kacak kat atas tu kan?Hah?!!Tak kenal?!Heyy..,Elvis Presley la King of Rock and Roll?Adoiyyaii..siapa yang tak kenal tu mesti cicak bawah tempurung!Eyhhh..betul ke cicak?salah-salah katak bawah tempurung..haa..
Ok, kepada you all yang tak tahu Elvis ni ada cucu yang cun melecun..pheewwiit~


Cun kan?Kan I da kata cun!Hot pulak tu..Nama si cantik ni Riley Keough baru je 21 tahun..muda lagi! Dia ni dah jadi model sejak umur 14 tahun, wahhh..muda-muda dah jadi model..patutlah cun!Terbaru, dia telah bersetuju untuk berlakon filem Mad Max 4: Fury Road!!Huwwaa...Hebat!!
 


Eyhhh..tak kan ni cucu Elvis Presley gak kot?Tak la.. saje je letak gambar ni nak show off I dah pandai blow rambut sendiri..hehe.Kalau tak asyik la pergi saloon untuk blow rambut. Sekarang tidak lagi!!Hoyeaayyy..jimat duit!!(^_^)

p/s: Selamat bersahur!!

Aug 11, 2010

rude pupils!!


Adoiiyaii..cuba you all tengok video-video kat bawah ni..

 Pelajar lelaki ni memang sangat berani tak bertempat..

Ini versi perempuan pulak..haihhhhh~~

Macam nak gugur jantung bila tengok betapa kurang ajarnya budak-budak sekarang dengan cikgu mereka. Ibu bapa sendiri pun kalau anak kena pukul kena marah mesti datang sekolah serang cikgu. Time sekolah dulu-dulu, kena marah dan kena pukul dengan cikgu balik rumah kalau mengadu kat ibu ayah confirm kena marah balik tapi sekarang bila anak-anak kena marah confirm ibu ayah datang serang cikgu balik..Pelajar pun da tak takut dengan cikgu.  
Nak salah kan siapa ye kalau kejadian dalam video tu berlaku?

Aug 10, 2010

Esok puasa!!!


Salam Ramadhan~~
Selamat Berpuasa Semua!!



Puasa jangan tak puasa!! 

 

Aug 8, 2010

Wahhhh...Bangsawan Puteri Maharani!!

Weekend kali ni aktiviti i adalah menonton teater kat Panggung Bandaraya DBKL..hoyeayyy!!tambah2 lagi yang berlakon tu Cikguku!

 Ya..si Khadam!!

Ok, I ceritakan sikit ye pasal cerita Bangsawan Puteri Maharani ni. Cerita ni mengisahkan Sultan Badrul Al-Zaman pemerintah Astanapuri mahukan anaknya Tengku Kamar Al-Zaman kahwin dan mempunyai anak. 
So, Tengku Al-Zaman ni pun pergi keluar ke negeri Inderapuri bersama Khadam untuk mencari bakal isteri la kononnya..tapi separuh jalan dalam hutan Tengku Al-Zaman terjumpa gambus yang disangka kura-kura. Bila Khadam mainkan gambus tu Puteri Gambus dan dayang-dayang pun tiba-tiba keluar, dan entah macam mane Tengku Al-Zaman ni pun jatuh cinta la dengan Puteri Gambus. Macam-macam halangan cinta Tengku Al-Zaman dan Puteri Gambus ni. Tapi akhirnya diorang bersama juga.
Ni i tunjukkan antara babak-babak dalam teater ni.

 Puteri Arab yang ingin berkahwin dengan Tengku Al-Zaman tapi tersangkut pulak dengan Datuk Perdana Menteri. Alamak?!

 Tengku Al-Zaman, Khadam dan Pendita Tua yang ingin membantu menyelamatkan Puteri Gambus.

 Haa, ini lah halangan cinta Puteri Gambus dan Tengku Al-Zaman. Putera Kayangan telah menculik Puteri Gambus.

Yang menariknya teater ni, dalam masa penceritaan pun ada selingan iklan maksudnya persembahan-persembahan yang lain la seperti persembahan tarian, nyanyian dari Dior dan Fauziah Gambus..ala-ala cerita dekat tv la ada iklan..menarik!

 Persembahan Kumpulan Razzles

Inilah Fauziah Gambus @ Ratu Gambus Malaysia

Keseluruhan, teater ni OK!!Cuma ada yang kureng sikit-sikit  tu biasalah kan. Dalam dunia ni mana ada yang perfect kan! (^_*)