Feb 28, 2012

Merempit Atas Air

Itu hari saya dan Nani (adikku ba..) pergi merempit di Telok Batik. Jauh kan merempit di Teluk Batik?


Weiii, bukan merempit ni lah. Merempit ni salah di sisi undang-undang, boleh masuk penjara tau. Kalau salah langkah bukan takat masuk penjara, masuk lubang tanah pun ye. Haishhh.
Merempit yang I masukkan rempit atas air.
Hah, tak tahu lah tu. Sebab tu I nak cerita ni.


Apakah ini?


Ya, viper a.k.a motorsikal air yang kitorang gunakan untuk merempit.


Muka masing-masing excited nak merempit. 


Yeayyy,,you go!! Sudah siap merempit.





Rempitan dibantu oleh Pak Cik India tidak berperikemanusiaan, bawak laju sampai tak fikir kitorang ade kat belakang terlambung-lambung.
 Sampai lah satu tahap Nani jatuh kat tengah laut akibat corner baring Pak Cik India tu.
Cemas gak time tu, takut la Nani kena makan jaws ke kan. Maklumlah badan dia berdaging lebih sikit, comel kan. Confirm lah kalau jaws dapat, kenyang seminggu tak makan.




Tamat sudah rempitan. Memang puas hati dengan rempitan Pak Cik India. 
Warning! kalau naik vider ni jangan lepaskan pemegang tu, kalau lepas confirm jadi macam Nani tergolek dalam air dan satu lagi, tak payah lah naik tu nak bergaya sangat pakai sunglass ke, hair clip ke, getah rambut ke, gelang ke. Pendek kata accessories la. Sah-sah nanti accessories you olzz tu terkubur dalam air sebab jatuh dalam. Hair rubber band I yang kat rambut boleh tercabut dan jatuh. Padahal dah ikat kuat-kuat kat rambut tu.




Muka puas hati campur terkejut dengan rempitan lagak ngeri tadi.
Lepas tu, 4 hari 4 malam sakit badan, sakit tangan, sakit tengkuk dan terus demam.
Apa-apa pun sangat fun!!

Feb 26, 2012

Majlis pertunangan saya?







Ok, sudah ini semua khayalan!
Lakonan semata-mata.


Ini baru lah pengantin sebenar. 
Tahniah kak su!! Sorry I pinjam pelamin sekejap, maklumlah nak practice.
Practice make PERFECT kan?
Ok, bye.

Feb 13, 2012

Puteri Harbour bukan Pearl Harbour


Sebelum itu sila tonton Puteri-Puteri Habuk dulu.


Puteri Harbour adalah di Johor. Johor memang awesome! Selain ada Johor Premium Outlet a.k.a JPO yang orang sibuk ceritakan, Puteri Harbour tempat terbaru untuk tourist datang. Kalau pendapat I tempat dia macam ala-ala Marina Surfer Paradise tak pun ala-ala Awana Porto Malai.
Yang bestnya, tak lama lagi kat sini juga ada Lego Land. Awesome kan?
Harapan adalah lebih awesome bila tengok gambar kami di sana, tapi malangnya handphone kami berkamera canggih tidak membantu. Yang penting wajah kami awesome! Erkk?

Mereka lebih awesome!

Yang paling paling palingggg awesome bila dapat attend geng bas sekolah kahwin!
Dinamakan geng bas sekolah sebab kami berempat akan pergi sekolah bergilir gilir di hantar oleh ibu bapa masing-masing setiap minggu. Minggu 1 ayah syuhana, Minggu 2 ayah nana, Minggu 3 ayah shidah dan Minggu 4 mamaku yang tercinta. Wahhhh!rindu saat itu.
Dulu Nana..
Sekarang Syuhana..



Ko memang cantik dan langsing nokk!

2 more 2 go!aiyokkk
Lepas ni?


Shidah!!InsyaAllah..

Feb 11, 2012

Jom Masak Masak Lasagna

Makan!Makan!Makan!
MasyaAllah, Allah sahaja yang tahu macam mana rupa I bila jumpa makanan.
Haloba! Ya, itu saya!
Selalunya I akan haloba dengan makanan orang masak je, tapi kali ni haloba dengan masakan sendiri.
Walla~~ PERASAN
Eleh, korang pun camtu kan cuma tak nak tunjuk je..kan.kan.kan..
Ok, back to my point. Hari ni nak tunjuk kepakaran memasak..
Lasagna Bolognese
Chewahhh!Jangan muntah ye kawan kawan..depan makanan ni. Tak elok.

Barang-barang ni semua boleh dapat kat Supermarket sebab kalau cari kat kedai basikal memang tak jumpa.
Eh, kejap. Bukan bahan-bahan kat atas ni je tau. Bawang, mushroom button, oregano, minyak zaitun, mozarella cheese, cheddar cheese, tomato puree, tepung gandum, fresh milk, gula dan garam ye puan puan, tuan tuan.



Sekarang dah boleh start masak, tumis kan bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun yang berkhasiat tu ya. Masukkan daging sampai kita boleh tahu dia dah masak, tak ada mentah-mentah. Lepas tu masukkan tomato puree, pasta sauce, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula. Kalau macam pekat sangat kuah tu letak la air sikit. Itu citarasa kalian lah ye.




Ohh, ya! Sambil memasak kuah bolognaise tu boleh la merebus kulit pasta ni. Tak ada lah buang masa yang bernilai tu. Masa itu kan emas. Cara nak rebus tak payah explain la ye, tengok paket je. Dia dah ajar kat situ macam mana nak buat. Ikutkan je.




Yang ni pula untuk buat bechamel sauce ataupun sos putih. Alaa..kalau pernah makan lasagna, mesti pernah tengok dan makan sos putih tu kan? Cara dia cuma campurkan fresh milk, tepung, cheddar cheese, butter, black pepper dan garam secukupnya!




Dah siap masak-memasak di atas dapur, sekarang dah boleh susun menyusun mengikut layer yang betul ya.. Ikut turutan nombor gambar kat atas tu. Jangan lupa taburkan mozarella cheese dan oregano tau. Lepas tu bakar. Mengikut suhu oven anda. InsyaAllah dengan hati yang ikhlas, tulus, suci jadi lah lasagna anda.


Nyum..nyum..nyum..


 Kalau nak buat lasagna carbonara ke, seafood ke,  masala semua sama je cara dia cuma sos je yang lain.


Jom tengok Dania a.k.a Junior Master Chef yang menyibuk jugak kat dapur. Orang buat lasagna. Dia buat kek coklat.