Dec 25, 2010

Menyelam di daratan Kemaman

Tak sia-sia pergi berbengkel  kat tepi pantai Pulau Cherating yang indah. Berbengkel?
Ok, bukan bengkel Workshop Ah Yaw kat Ampang tu, ni bengkel untuk buat garis panduan kerajaan.
 Maklumlah berkhidmat untuk negara kan?

Apa ni amik gambar. Sila concentrate ye. Baiklah (-_-')
Orang kata sambil menyelam minum air kan? Tapi I tak menyelam dalam lautan kat sane tu.
Cuma menyelam kat daratan mencari makanan yang best di Kemaman. Tu pun boss kesayangan yang suggest kan. Thanks boss!
Untuk sesiapa yang tak tahu Cherating dan Kemaman tak jauh. Mula-mula pun I ingat Cherating ke Kemaman jauh, yela..Pahang ke Terengganu kan? 2 negeri tu kan?
Rupa-rupanya kenyit mata je dah sampai. Eh, betul ke?
Ermm, yang penting kejap je dah sampai.

Nyum..nyum..nyum..
SATAR!! 
Yess!Makanan yang I tak pernah jumpa dan tak pernah makan pun. Akibat daripada paksaan rakan-rakan untuk makan makanan timur ni, I pun dengan rela hati mencuba.
MasyaAllah, sedap weiii!Sumpah tak tipu!

Terasa Ikan yang fresh dan cili padi yang membara.
I bukan pencinta ikan ni pun boleh kata sedap, apa ntah lagi sesiapa yang cinta mati sama ikan. Confirm suka! Isi ikan terasa sangat fresh dan rasa manis campur pedas kalau tergigit cili padi tu. Memang sangat sedap. Cicah lah sos cili sekali, tapi bukan sos cili Maggie kat Giant tu tau. Sos cili yang untuk keropok lekor tu, buatan orang tempatan kita. 
Sedap gila dow!!
Tapi yang tak bestnya, kawan-kawan cakap Satar kat Kemaman dengan kat KL tak sama.
Ala..yeke? Ye, diorang kata Satar kat KL tak sedap dan lain sangat. I pun tak sure apa yang lain sebab ni first time seumur hidup jadi manusia makan Satar. Kini saya pencinta Satar so kalau sesiapa yang tahu apa kelainan Satar Kemaman dan Satar KL marilah berkongsi cerita. 


Selain Satar yang enak, Warung Aziz Satar bukan Aziz Satar penyampai hadiah Anugerah Skrin semalam tu tau. Ini Aziz Satar pakar masak Satar yang I pergi  makan ni hidang ketupat palas, otak-otak dan keropok lekor. Keropok lekor Terengganu tak boleh tinggal cuma tak sempat nak amik gambar sebab dah kena sambar dengan burung-burung nuri yang buas dengan pantas. Haishh, apa main-main ni. Ok maksudnya dah kena makan dengan kami lah burung nuri tu.
Tapi kan otak-otak Kemaman ni pun tak sama dengan otak-otak Gelang Patah yang tak patah-patah selera I makan kat Batu Pahat dulu. Beza otak-otak Kemaman ni isi ikan bakar dan rempah sikit. Tapi I lebih suka otak-otak Gelang Patah, lebih enak sikit. Bukan sikit banyak. Opss!

Warung Aziz Satar bujang lapuk. Eh, Aziz Satar pakar Satar.
Apa lagi Jom lah ke Kemaman nikmati Satar!

Dec 22, 2010

Ahli Parlimen mana bawa baby masuk PARLIMEN?


Licia Ronzulli
Ahli Parlimen di Eropah bawak baby dia yang baru 1bulan ke mesyuarat Parliament di Strasbourg.
 Dia buktikan penjagaan anak bukan satu masalah untuk jadi WANITA BERKERJAYA!!
Hebat!!!!!!!!!







 Sooooo Sweeettt!!

Dec 21, 2010

Keseronokan di Kalumpang!!








Sebenarnya keindahan itu berada di Kalumpang Resort Training Center, Hulu Selangor.
Tempat ni memang sesuai untuk sesiapa yang nak camping, kursus dan motivasi. Kalau nak suasana hutan dan kampung kat sini jugak tempat dia. Best best!
Selain air terjun ade macam-macam binatang peliharaan yang kacak dan comel.
Si kakak tua yang jelita!Siap ade jambul kat belakang.

Si monyet yang pemalu.awww~

Ermm..ni biawak kan?penuh gayakan dia berposing?

Kalau nak tahu macam mana boleh berpijak kat sini, ini semua kerana sepupu kami yang berkahwin dengan orang Kalumpang Resort ehh bukan, orang Kalumpang la.
 

Orang-orang over bergambar kat depan sampai pengantin dah tak nampak.
Akibat dah lama gila tak mandi air terjun dan macam orang tak pernah nampak air terjun, lepas je majlis kitorang semua terus balik resort tukar baju dan terjun dalam air terjun..
Memang best dan sejuk gila. Sengaja tak nak amik gambar time mandi sebab takut ada yang mati terkejut tengok aksi kitorang mandi.ngeeee~~

Dec 18, 2010

Game BlackBerry Digi yang best!

Entah macam mane malam-malam ni I terketagih main game Apa Berry Anda? by Digi ni.
Dah la game ni best siap boleh menang Blackberry lak tu.
Menarik kan? Bagi I yang memiliki handphone buruk mesti lah sangat excited dengan hadiah ni.
Ala..yang show kat entri DiGi iPhone 4 Me but I know iPhone it not for me. Adussss! Sadisnya. Tapi tak mengapa maybe Blackberry for me. Wahhh!Bestnyeee. Sudah sudah jangan berangan boleh tak?



You just click and jawab soalan apa yang die tanya je boleh dapat point.
Buat masa ni I still ranking yang sangat tak terror sebab I memang tak pandai main-main game ni sebenarnya.
Buta game la kate kan. (-_-)
Kalau you terror jom la join Apa Berry Anda? Mane tau boleh menang Blackberry!
Aiman tak kisah. Sharing is Caring. Erkk..tiba-tiba je kan?
Ok, bye! *tutup muka



Dec 17, 2010

Pergi Tak Kembali

On 10 Muharram 1432H, my Pak Ngah is passed away.
I would like to request you all to pray for the soul of my uncle and pray so my family finds peace in this hard time.

 
May Allah rests him in peace and place him amongst the people that has been blessed. 
Al Fatihah.