Nov 25, 2013

Jom Tolong PERTIWI Soup Kitchen





Assalammualaikum ..

Mula-mula ingat dulu PERTIWI Soup Kitchen ni  macam kedai jual sup je tau. Rupanya PERTIWI ni buat kerja amal. PERTUBUHAN TINDAKAN WANITA ISLAM yang volunteer bantu beri makanan, pakaian dan apa-apa sumbangan kepada homeless (gelandangan).

 

Nak tahu macam mana boleh involve dalam PERTIWI ni?
K. Norell la yang mula ajak saya dan Abang Is pergi distribute makanan dengan sepupu dia Rozy (Rozy ni team PERTIWI).Time tu pula baru lepas jogging dan rasa tak de nak buat apa dah. Lagipun ni je la cara nak buat charity, nak tolong duit tak mampu. 
Kitorang ingat kena pergi  lorong-lorong gelap hantar makanan. Rasa takut juga kan. Rupa idok lerr..Kita duduk satu tempat dan orang homeless akan datang beratur amik makanan.Dari situ lah kenal PERTIWI ini apa, kenal Rozy dan kawan-kawan PERTIWI. Tiap-tiap kali datang dapat kawan baru, sebab mesti ada volunteer yang baru kenal. Tapi tak sempat nak kenal sangat pun,sibuk distribute dan kelam kabut kan.



Pengagihan makanan dan barang-barang yang lain akan dibuat hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. So kitorang selalunya pilih Jumaat lah, esoknya kan cuti. Tak de masalah la kalau balik lambat. Start pun pukul 11 p.m.. Eyttt tapi kalau nak derma atau nak sumbangkan apa-apa makanan contohnya. Kena la bagi awal, antara pukul 8.30 p.m. hingga 10.30 p.m. kat PERTIWI's Office Bangsar atau terus bawa ke first lokasi kami kat parking Tune Hotel, Jalan Sultan Ismail.




 


Kalau ramai sponsor makanan-makanan tu jadi banyak, so homeless boleh dapat variety foods, seronok lah diorang. Bila tengok diorang seronok, kita lagi seronok. 

Eyttt..tapi kan. Ada juga homeless yang demand tau. Memilih tak nak makan kuih, nak mee goreng. Tak pe la janji diorang bahagia kan.


2nd location kitorang pergi Kota Raya yang depan Mc Donald tu.





Last location Medan Tunku. Selalunya kitorang tak follow sebab dah penat dan lewat. Settle kat Kota Raya pun dah lebih kurang 12.30a.m. kan? Nanti lewat sangat tak larat pula kan nak drive balik. Lagipun Rozy bagitau Medan Tunku tak ramai macam kat 2 lokasi sebelum ni. So ok la kan kami balik.

Sesiapa yang murah hati nak derma makanan ke, pakaian ke dan barang-barang terpakai nak bagi kat orang gelandangan ni atau pun nak jadi volunteer sama-sama distribute makanan sangat lah dialu-alu kan dan boleh contact terus :
Ibu Pejabat PERTIWI
No. 63, Jalan SS 3/53,
Taman Subang,
47300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel      : 03-7874 4203
Faks    : 03-7875 2935
E-mail :  info@pertiwi.org


Ok. XOXO~

Nov 20, 2013

Majlis Perkahwinan Diana Amir a.k.a Dodie





Assalamualaikum..ohh lala..

Alhamdulillah..dah cukup nak 1bulan kawan kita ni Diana Amir a.k.a Dodie selamat jadi isteri orang!! Yeayyy!! Kawan yang dulu musuh yang amat ketat di kala zaman sekolah. Entah apa yang digaduh pun tak tahu. Ermm..biasa lah budak-budak hingusan kan, nak tunjuk terror,gaduh entah hapa-hapa. Ngeee..Lama-lama lepas alam sekolah hingusan melilir tu, tiba-tiba kami menjadi baik sampai la sekarang, baik sampai buat aktiviti nakal pun bersama.Ngehhhh..zaman jahiliyah tak mau cerita la.

Apa yang best lagi,tanpa sedar, dia juga yang bantu saya kepada penghijrahan yang lebih baik. Alhamdulillah..dia kata tak nak penghijrahan tu dia seorang je,share sama-sama benda baik. Dan sekarang ni pun kita masih belajar untuk berhijrah yang lagi baik. She's always encourage me to be a better muslimah. Alhamdulillah. Terima kasih lovee!




Ok, cerita pasal majlis perkahwinan dia hari tu la. Dia buat majlis doa selamat, khatam al-quran dan berinai sekali terus malam tu. Jimat masa dan belanja.hehe





Pelamin yang sangat cantik! 



Pakai inai. Kata dia pakai inai corak bunga-bunga tumbuh tumbuhan boleh. 
Tapi I kurang suka sikit. Tak tahu kenapa. Kakak yang lukis inai ni sangat cekap tau. Dah la sekejap pastu tak de pun kena pakai sellotape. Kemas lak tu. I suka tengok, tapi tak suka pakai. Ngeee. Siapa yang minat boleh contact kakak ni. 








Sempat tau I olzz bergambar dengan David Teo. "Bukan Janji Tapi Pasti"

Majlis nikah hari Jumaat tu, sangat lah rushing mengalahkan lipas kudung sebab balik kerja dah kena pergi Putrajaya (majlis nikah kat Masjid Besi..ala satu Malaysia tau dah kan) pastu pula ke Singapore. Sebelum pergi majlis nikah tu, sempat tau I pergi Mid Valley tukar duit. Memang macam marathon dah. Lari sana sini. Finally settle juga semua. 


Nasib sempat sampai sebelum majlis start


Rasanya photographer lagi ramai dari tetamu. Begini la rupanya majlis artis ya. Ini baru Diana Amir, kalau Siti Nurhaliza dulu macam mana la kan.


Rushing sangat kan.. Lepas dia solat terus salam dia sebab nak terus pergi Singapore. 


Tiqa! Junior time sekolah dulu. Sempat Jejak Kasih. Puas gak kitorang nak ingat nama masing-masing. 
Lama-lama ingat juga. What a small world kan Tiqa?


Intan!!Adik Habib. Suka dengan gaya dan prinsip dia. Cakap pun lembut je,baik je. Comel lak tu.



Eytt jap, cantik kan dia ni? Macam Kimora Lee Simmons kan? 
Sorry ya, ambil gambar curi-curi tapi dia cantik!


Favor dari Pengantin. Kat dalam ada truffle chocolate yang sedap. Yummy!

Dodieeee, Alhamdulillah kamu sudah kahwin. Be a solehah wife ok & thanks for letting me be a part of your wedding. I had a awesome time there! Terima kasih!!
Eyyytt..wedding dress kamu superb gorgeous!
XOXOs..


Oct 18, 2013

Maybank2u kena hack?

The Internet was buzzing on Thursday with a rumour that the online banking site Maybank2u.com.my would be under attack at midnight by several Pakistani hackers.

The text message that spread like wildfire on Facebook and Whatsapp said:

“Salam..pastikan tiada yang buat transaction ataupun online banking sehingga isnin pagi ye…terima kasih.pastikan anda tahu baki akaun anda semua. Ada attack besar besaran mlm ni terutama maybank. Dari kawan TM Cite yg dbritakan olh kengkwan utk dkongsi Last week google kne hack oleh siapa xdktahui Jd pkhidmatan online spt traksaksi akaun o etc dnchatkan utk dkurangkan klu bly elak,elakkan dlu smentara.. Hacker dari pakistan yg hack google last week Ini maklumat yg diterima… copy paste dr whatapps IPK”

(Greetings…please be sure no online banking transaction is done until Monday morning. Thank you. Make sure you know your account balance. There will be a major attack tonight especially on Maybank. Friends from TM said told told me the recent attack on Google website may trigger this attack. Avoid online transaction for a while. Pakistani hackers attacked Google last week. Message from PDRM)


Nothing has been ‘confirmed’ by Maybank, nor have Internet security sites issued any alerts about a hacking threat connected with the name "Pakistan". Like so many warnings replicated across Facebook by earnest users, this was a hoax.

In a statement issued few hours ago on Facebook, Maybank said: 

‘We are aware of a hoax circulating on social media and messaging tools (i.e. email, SMS, WhatsApp, etc) regarding hacking attempts on Maybank2u. Please be assured that Maybank2u is secure and under constant monitoring. Please share this with your family and friends. Thank you.’

CyberSecurity Malaysia has given an assurance that the Internet in Malaysia is safe despite concerns over the Facebook and Whatsapp message shared by internet users last night.

“We have checked the details listed in the social media thoroughly and it is all a hoax!”

Its chief executive officer, Dr Aminuddin Abdul Wahab, said the most important thing an Internet user should do was to seek clarification from authorities before posting something on social network and sharing it.

“Always call your financial institution if you doubt the authenticity of any communication you receive,” he added.


-Source yahoo.com

*So dah clear dah. Maybank2u selamat dan dikawal ketat oleh Maybank. Dah tak payah dah nak forward message yang tidak benar itu ok?
Saya lerr tuuu.. (>_<)

Sep 30, 2013

Apa yang best di Brunei?

Assalamualaikum..

Uit..uit..uit..time you olz baca ni I dah selamat berpoya-poya di pekan Kuta kot. 
Yeahh, Bali you olz!!
Tapi Bali tu nanti balik kita story mory, sekarang ni nak cerita pasal Brunei.
Yup-yup, I pergi Brunei hari tu.(dua bulan lepas kot..ngee) Ermmm..nyaris-nyaris lupa yang I tak blog lagi pasal percutian Brunei.
Ok, sekarang I cerita.


Sebenarnya K. Norell yang baik hati ajak kitorang pergi rumah kakak dia kat Brunei ni. I kan tak pernah pergi sana.So apa lagi rezeki jangan ditolak kan. Apa lah salahnya tengok tempat orang, kan..kan..kan..




Senang cakap Brunei ni macam Kelantan Maju. Yup, Kelantan kalau kaya-raya confirm sebiji macam Brunei ni. Ye la, Brunei kan negara Islam. Memang banyak masjid kitorang jumpa. Cantik pulak tu.
 Pernah korang pergi negara yang pili paip salut dengan emas? Kubah pun emas? Hahh, kat Brunei je yang ada masjid yang cantik penuh emas. Dalam masjid jangan cakap la kan, memang ciri-ciri macam istana dah kot masjid kat sana.

Lagi satu yang best kat sini ada Kampung Air


Sebelum kitorang naik boat pergi jalan-jalan Kampung Ayer,ada pasar kat belakang tu jual macam-macam benda eksotik ada
 Tapi Miri lagi banyak. Miri kita cerita entri lain ok?



Naik boat dalam 15Dollar per ride.
Kat Kampung Ayer ni, pak cik boat tu bawa kami jalan-jalan tengok monyet hidung besar tu. I tak ingat nama, yang penting dia takut manusia. Kitorang sampai je tempat dia berkumpul terus dia lari

Empire Resort dan Golf

Kalau you all datang Brunei, sila menginap di sini ye. Memang guarantee super duper best. First class you olzz! Tak percaya tengok gambar ni.



Honeymoon pun sangat sesuai kat sini. Aman, damai, senyap dan super indah. 
Cantik sangat resort ni.

Kedai Kain?


Kedai kain memang banyak kat sini. Sesiapa yang nak cari kain yang up to date dan murah kat sini la tempatnya. Selalu orang pergi Bandung je kan? Haaa, kat sini juga sebenarnya banyak yang cantik-cantik dan berkualiti. Kalau compare memang murah banyak daripada kat KL.

Ni salah satu kedai yang saya suka.

Makanan-makanan Brunei.
Bila kat sana selalunya kitorang makan kat rumah je. Seafood dan daging rusa sangat lah murah.
So baik makan kat rumah kena dengan selera. Sebab kitorang ada makan makanan kat kedai-kedai tapi macam pelik. Tak pedas kot. Maklumlah I olzz hantu pedas.


Rendang rusa by K. Norell. Superb la!

I tak ingat nama dia apa tapi dia macam roti canai + telur dadar + mayonnaise + sos cili + chocolate rice = korang agak-agak la sendiri rasa dia. No comment! (^_*)

 Kalau tak silap nama dia nasi chicken boxing. Lazat juga.


 Japanese Food kat sini super best. Betul la orang kata sushi kat Brunei sangat sedap selain kat Jepun. Memang lazat. Ni kitorang makan kat Excapade Sushi.
Siapa pencinta Japanese Food yang datang sini, confirm akan dibuai cinta bila makan sushi sini. I makan memang tak ingat dunia, sashimi licin tanpa tinggal sikit pun. Pelahap tapi sedap weii..


Yang lagi best kat Brunei ni, minyak petrol super murah. Kitorang isi RM30 dah full. Sempat jalan-jalan pergi Miri dan balik rumah. Minyak cuma bergerak 1 bar je, padahal naik SantaFe. Sangat la heaven ye.

Banyak sebenarnya yang BEST ka Brunei ni cuma kita kena rajin explore. Mostly Mat Salleh datang sini buat adventure activities macam camping ke, jungle trekking ke, rock climbing ke, water rafting ke, macam-macam la. So jangan la risau sangat kalau sampai sana tak tau nak buat apa. Tapi I ingatkan ya, wayang dia sejujurnya tak best. Old school sikit. Ala-ala wayang kat City Plaza, Alor Star 8 tahun dulu. Erkk fikir sendiri la kan.
Lain-lain semua ok. Brunei best!

Sep 10, 2013

Penipuan SMS


Macam-macam cara kan orang nak menipu? Banyak kali dah kot I dapat text macam ni. Aiyooo..penat tau mahu delete. I percaya semua pun pernah dapat message macam ni. Yang tak percaya tak pe, yang dah terpedaya macam mana pulak? Haihhh..
Siapa ye yang bertanggungjawab sebenarnya untuk atasi benda-benda ni. Macam mana mereka-mereka ni boleh dapat no telefon kita?
Bak kata Karam Singh Walia, "Tepuk Dada tanya Minda" ewahh!