Aug 26, 2013

Cuti-Cuti Krabi-Hat Yai : Makan-makan Krabi dan Hat Yai

Assalamulaikum..

Last entry pasal Cuti-Cuti Krabi-Hatyai ya. Tahu sangat you all dah boring. Alaa..I kan dah lama tak tulis blog, so ada masa sikit nak habis kan gian menulis. Lama dah ni asyik postpone je. Bagi la change..

Anyway, macam I cakap kat entry sebelum-sebelum ni makanan Halal sangat senang nak dapat di Krabi dan Hat Yai cuma sedap tak sedap je la kan. Nak tahu apa yang I makan kat sana, sambung baca bawah ni.

Krabi

JA Weal Pancake
Masa sebelum pergi Krabi, I ada la survey sikit-sikit pasal Krabi. Paling penting makanan la kan? Takut susah nak cari Halal macam Phuket. Dalam banyak-banyak I survey, mesti akan ada orang cakap pasal pancake.



Pelik sebenarnya, pelik kenapa sedap..boleh tak? Pancake ni roti canai nipis letak buah-buah pastu topping semua boleh pilih. Paling famous dan dikatakan lazat pancake banana+nutella. Yang makin pelik lagi, kat kedai kakak ni je yang sedap. I try kat kedai orang lain tak sesedap kedai kakak ni. Aiyooo..



Hari-hari dari 1st day sampai last day kitorang kat sana. Ini yang kitorang makan. Habis diettttt I olzz. 
Pernah juga berangan balik kl nak try la buat tapi..itu semua impian tinggal anggan-anggan.



Bamboo Seafood


Jejak je kaki kitorang kat Krabi, ini lah tempat dan makanan yang kitorang makan.
Bamboo Seafood ni depan Mc Donald je kot, sangat senang nak cari. Seberang je dari Aonang Cliff Beach. Rasa makanan pun ok. Jujurnya memang susah nak cari makanan Thailand yang sedap kt Krabi ni. Pelik kan? Kata Thailand tapi makanan kurang sedap. Sedap lagi makan kat Black Canyon. Tapi tak tau la kan, bagi you all sedap ke kan. I ni tekak memang suka pedas dan masam so kalau tomyam tak pedas tak umphh la kan. Cehh, banyak complaint pulak. By the way, kitorang makan 3 orang 800Baht kalau tak salah. Ok la kan?




Thai Food Stall
Actually I tak ingat nama kedai ni tapi kedai ni sederet je dengan Mc Donald. Kecil je kedai dia. Pekerja pandai cakap Melayu KL ya. So memang tak ada masalah pemahaman bahasa ya. Kalau ikutkan, bahasa diorang kat Thailand ni memang tak berapa nak paham sangat slang english diorang, slang bercampur. Memang kena download thai dictionary app kat handphone. Pening. Sawadikap Kapkumkap. . (-_-")




Thailandia 2, Ao Nang



Sebelum ni tak perasan pun kedai ni, malam last baru perasan. Geram. Haishh.Thailandia ni pula sederet juga dengan Bamboo Seafood tadi. Kat area situ memang senang nak cari tempat makan. Pilih je. Decoration restoran ni sangat lah unik dan cantik. Makanan pun sedap. Kitorang kat sini cuma hang out dengar muzik je sebab sebelum tu kitorang dah kekenyangan makan kat Thai Food Stall tu. Apa yang lagi best, musician siap greeted kitorang. Bangga kejap jadi orang Malaysia. Ok, ini tempat wajib pergi kalau pergi Krabi lagi.




Hat Yai




Di Hat Yai, kitorang sekejap je kan. So tak dapat nak rasa sangat la makanan kat sana. Kalau nak tahu makanan Melayu pun banyak. Nasi lemak, roti canai, teh tarik semua ada. Mamak je tak de. 

Seperti dalam entry Cuti-Cuti Krabi - Hat Yai - Day 4, I kan nak cerita makanan di Floating Market kan?

Mehhh baca.


                                                         Floating Market





Semua orang kalau datang sini mesti pergi Floating market. Kat sini semua makanan ada. Jagung rebus/bakar, jagung merah ada (I pun tak pernah nampak, 1st time tengok tak berani nak makan), rojak buah (masam dan pedas gils ok), macam-macam tom yam, macam-macam jenis sup, ikan bakar dan macam-macam lah. Pokoknya Macam-Macam Ada! Tak paham apa yang diorang tulis. Tulisan Thailand kan, kalau tengok tu tahu lah. Ada juga makanan yang I tak pernah tengok. Eksotik you all!!



Rojak masam pedas. Tak tahan kot makan ni. 


Stall Pulut Durian dan Mangga



Ya Allah, heaven sangat tau dapat makan pulut durian & pulut mangga ni. Kat Kl tak pernah lagi jumpa kedai jual ni. Lazat you all!! Stall ni dekat dengan area stall banyak-banyak jual baju, souvenir dan accessories tu. Seberang kedai thai silk dan kedai massage. Senang je nak nampak. Cari tau! 
Lepas tu tapau untuk I (^_^)



Makanan halal kat Krabi dan Hat Yai tak susah kan? Jadi jangan lah risau sangat, tak payah nak bekal maggie ke, biskut ke, roti ke dalam bag tu. Memberatkan dan menyusahkan je you all nak bawa nanti. Kalau naik Pak Cik AA lagi la rugi, lebih weight baggage kena charge. Ouchhh..rugi.rugi. baik belanja I olzz thai silk. (^_*)

Okey lah, akhirnya dapat juga I khatam kan cerita pasal Cuti-Cuti Krabi-Hat Yai ni.
Lama dah tertangguh ni, lepas ni kalau ada kekuatan semangat I buka entry Brunei pula ok?

Thanks for reading!! 
XOXO~

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!