Aug 23, 2013

Cuti-Cuti Krabi - Hat Yai : Day 4


Assalamulaikum

Hari ke-4, Pagi-pagi lepas subuh tak de chance nak tidur balik. Dah kena siap-siap untuk ke Hat Yai, naik mini van. Perjalanan 6 jam you all. Ermm..lebih kot sebabnya mini van berhenti punya lah banyak tempat. Sampai van tu penuh macam sardine, baru die teruskan perjalanan. Stress juga tapi nak buat macam mana. Bayar pun murah 350Baht kan. 



Hello Hat Yai!!! Yeahhh, selepas keseksaan 6 jam finally we're in Hat Yai!!Yeayyy! 
Kami cari hotel dulu. Walaupun untuk 1 malam je tapi Ya Allah..macam-macam jenis hotel kami jumpa. Nak murah tapi selesa. Susah juga. 
Cuma ada satu cerita nak share dengan korang, cerita yang agak menakutkan. Tak de la menakutkan sangat. Tapi good experience. Huh.
Kitorang ni memang la nak cari hotel bajet kan. Banyak-banyak hotel kitorang masuk ada 1 hotel ni, murah sangat 500Baht. Kitorang dengan muka excited terus setuju. Dah bayar dan diorang ambil passport. Ohh,ya..nak inform korang. Semua hotel kat Hat Yai ni bila check in mesti dia akan ambil passport salah sorang dari kita. I pun tak tahu kenapa, mula-mula tu risau juga tapi bila check memang diorang practice macam tu. Ok sambung cerita tadi. Kitorang naik lift (lift dia memang scary ok, macam lift cerita Ju On tu.erkk..), ehhh..sebelum naik lift tu siap ada jam yang macam dalam cerita The Conjuring tau. Time tu dah rasa lain macam dah. 
Erkk..baru nak masuk bilik pula, kitorang nampak ada dalam 5 orang lady boys yang berpakaian yang super sexy berjalan menuju ke lift. (-_-")

Time tu mulut ni kumat kamit macam-macam doa baca. Dalam otak ni duk fikir, kitorang ni mimpi ke. Bila masuk bilik,tambah lagi scary weiiii..bilik tu macam bilik cerita hantu Thailand yang selalu tengok kat wayang tu. Rasanya kat sini lah diorang shooting kot. Cermin dia macam calar-calar macam cermin orang dulu-dulu, katil rendah dan tilam nipis. Katil kayu yang macam nak pecah-pecah.Bilik air? Erkk..jangan cakap. Lampu yang sangat malap dan tirai bath tub sungguh old school. Tak tengok pun keadaan bath tub tu macam mana. Tak sanggup.
Kitorang tengok antara satu sama lain pastu K.Norell bersuara
 "Kita cari hotel lain, mahal pun tak pe"
Kitorang angguk laju-laju.


Ya, ini lah Hotel yang horror itu. Tengok pintu bilik air dia, belum masuk lagi dah terasa bulu roma naik.

Actually pelik tau..memang ramai bagitau  banyak hotel murah kat Hat Yai ni tapi kat mana ye? Tu la, sibuk survey pasal Krabi sampai Hat Yai tak survey langsung. Ini lah akibatnya.

Kitorang nampak  Hat Yai Central Hotel dan terus ke sana.Cakap siap-siap dengan staff situ nak tengok bilik dulu. Tengok bilik ok terus check in. Murah juga. Kalau tak silap 1000Baht je kot. Daripada nak save budget terus rugi 500Baht gara-gara hotel pelik tu.Tak pe lah, belajar dari pengalaman. Sedapkan hati.




Settle check in hotel. Kitorang jalan-jalan bandar Hat Yai, shopping mopping dulu.
Bandar Hat Yai sangat la sibuk. Barang-barang Thailand yang banyak kat kedai Thailand di Malaysia, berlambak-lambak kot jual kat sini. Ayah request elephant leather belt, ingatkan susah lah nak cari. Banyak rupanya. 
Petang sikit dah nak pukul 4, kitorang terus amik tuk tuk ke Floatting Market. Naik tuk tuk 400Baht untuk 3 orang.

Khlonghae Floating Market



Tempat wajib pergi di Hat Yai. Sesiapa yang datang Hat Yai confirm pergi sini. Kalau tak silap cuma Bangkok dan Hat Yai je di Thailand yang ada Floating Market ni, macam pasar malam atas air je kot I rasa. Cuma bezanya diorang jual dan masak atas air dan buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 4.00 petang hingga 9.00 malam. Time kitorang sampai memang orang Malaysia kat sana. Rasa macam Floating Market Malaysia.
Kebetulan kitorang pergi ni cuti sekolah baru je start. Memang ramai la kan. Tak da feel oversea langsung time tu. 




Apa lagi yang best kat Floatting Market ni? Hah, nanti I cerita kat entry makanan ok? Sila bersabar banyak-banyak. Sabar kan Separuh dari Iman. Ecehh!

Malam aktiviti kitorang seperti biasa macam kat Krabi, massage!! Thailand ni lah kalau you all nak dapat massage yang best dan murah. Dalam masa yang sama juga kitorang shopping menghabiskan duit yang ada sebab esok flight pagi.



Masa untuk pulang!! Kami balik dengan Pak Cik FF. Asyik naik Pak Cik AA je kan, kali ni merasa la dengan kapal Pak Cik FF yang comel itu. 


Terima kasih Pak Cik FF!

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!