Aug 21, 2013

Cuti-Cuti Krabi - Hat Yai : Day 3




Wooottt..wooottt..wootttt.. 
Untuk hari ke-3 ni kami terlewat bangun akibat malam tadi berpoya-poya menghabiskan duit untuk membeli belah yang tak ingat dunia dan massage yang menyenangkan badan. 
Tak sedar u olzz.
Tak sempat breakfast, cuma biskut itu tanpa air untuk alas perut. Sobsss..
No breakfast like a king. Yang penting, muka tetap fresh ya. Penuh semangat untuk aktiviti yang menanti.

Kitorang memilih Jungle Tour untuk hari ke-3, dengan harga 830Baht.
Konon-konon nak environment lain sikit. Konon-konon nak adventure sikit la kan. Kononnnn...

Hot Stream


Lokasi kami yang pertama, Krabi Hot Stream. 


Erkkk..kesian K.Norell. Gambar suku je. Tak pe lah ye, bagi change kat adik-adik. (^-*)

Kalau nak tahu berjalan dari entrance Hot Stream nak ke Hot Spring Waterfall tak ada lah jauh sangat tapi kitorang ni dah amik masa lama kot.
Yela, sibuk berposing. Jalan sikit amik gambar, jalan sikit amik gambar. Lama-lama baru kitorang perasan masa kat sini tourist guide cuma bagi 20 minit je. Huh?
Memang lepas tu memang macam Pelari Jalan Kaki Sukan SEA lah kitorang jalan.



Sampai Hot Spring Waterfall, sebenarnya kalau betul-betul waterfall jauh lagi nak berjalan tapi kami pergi yang kat bawah ni bersama-sama geng-geng satu van tadi. Rupanya diorang dah lama berendam. Kitorang je yang terhegeh-hegeh baru sampai. Disebabkan tak cukup masa kami berendam kaki je, tetap menghayati kepanasan air kolam ni.


Ready to next destination!

Emerald Pool


Sebelum nak sampai ke Emerald Pool yang cantik kat gambar ni. Kitorang kena menapak dalam 1400m sepatutnya 800m je tapi disebabkan kami konon-konon pandai sangat, kami jalan lagi jauh. Bijak kan? Pengajaran untuk semua baca signboard betul-betul ye.


1400m yang kami jalan untuk menghayati alam sekitar. Natural trail la sangat. Sakit kaki tahu!

Emerald Pool ala-ala swimming pool tapi dia guna simen dan batu. Ermmm..I agak tak suka  kat sini sebab kat sekeliling pool dan turun pool ini sangat lah licin dan susah (berlumut weii..) Kalau I pun boleh senang nak terjatuh apa ntah lagi budak-budak. Paling tak boleh terima, tiba-tiba kitorang bau hancing. Ada orang kencing weeiiii...Grrrr..stress tau. Cepat-cepat kitorang naik dari pool tu. Tak pasal-pasal badan bau kencing nanti.
Tak baiklah diorang ni kencing bersepah, ada je toilet. Tak de sivik langsung. Haishh


Elephant Trekking

Yeahhh! Elephant trekking! 



Makan nanas dulu sebelum naik gajah. MasyaAllah manis sangat-sangat nanas ni. 
Sedap gils you olzz.
Dah ada energy sikit baru kami semangat naik gajah.



Terima kasih Encik Gajah sanggup membawa kami yang berat ini.

Trip ini sepatutnya half day je so lunch memang tak provided. Tapi disebabkan perjalanan yang jauh, kami sampai hotel pun dah pukul 3 lebih..waktu Malaysia 4 lebih tu. 
Perut bukan takat berdondang sayang, siap bershuffle kot.
Dengan energy yang lemah kitorang pun cari makanan. Hari tu I dah janji nak buat entry pasal makanan kat sana kan? Sabar yeee..

Overall for 3rd day , rasanya tak best macam 2nd day. But at least dah merasakan Emerald Pool dan Krabi Hot Strea. Ya, itu ayat menyedapkan hati. Eytt, hari ini juga kitorang tukar hotel di Sand White Krabi Resort  price 1500Baht juga. Bukan La Venice tak best, saje je try yang lain.
1st Day kami dah survey, tapi bilik penuh. Kat sini pekerja dia banyak lady boy sikit. Nama je 3stars hotel tapi service, swimming pool and security agak kurang. I tak recommend la kat you all.
Cari hotel lain ok. 

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!