Aug 19, 2013

Cuti-Cuti Krabi - Hat Yai : Day 2


Hollaaaa!!Jom-jom sambung hari ke-2 percutian kitorang..



Pagi-pagi lagi pukul 7.30 -8.00 pagi ada Tuk Tuk Besar amik untuk untuk 1 day trip
 4 islands with long boat! Hoyeayyy!
Untuk pengetahuan korang jugak, trip untuk 4 islands ni berharga 450Baht termasuk lunch, fruits dan air mineral. Rasanya sama je dengan mana-mana trip pasti semua tu dorang provide, cuma kena pandai tawar menawar sikit. Tapi I pun tak sure harga yang kami dapat tu murah ke tak, kalau korang boleh dapat lagi murah dari tu you're good, mate!!
 Apa yang penting Kita Enjoy!! 


Berposing sebelum cukup korum 




Sudah bergerak dan ini lah keadaan di dalam longboat. Longboat ini slow sikit tapi dari tempat kitorang tunggu sampai 1st stop iaitu Tub Island dalam 20 - 30 minit je kot. Tak sempat nak rasa pening dan loya tiba-tiba je dah sampai.

Tub Island





Island ni sangat special sikit, ada sandbank connection antara Tub and Mor Island. Kita cuma jalan atas sandbank tu untuk pergi antara dua pulau tu. So ada la pilihan nak swimming kat Tub ke Mor Island. Nak swimming kat sandbank tu pun boleh. Ermm..kitorang tak sempat pun, sibuk berposing kan. 



Lama-lama kitorang perasan air pasang dan kami yang kerdil semakin tenggelam. Macam ni lah keadaan bila air pasang. Ini sebenarnya baru sampai paras betis je. Kitorang je over konon-konon dah nak sampai dada. Tourist guide tu cakap air akan pasang sampai boleh tenggelam. So sebelum kitorang tenggelam, we go to the next island. 

Chicken Island



Haaa..tau kan..kenapa pulau ni dipanggil Chicken Island (Pulau Ayam)? Tu..tu. pulau tu bentuk ayam..Ermm, tak ade lah bentuk ayam sangat.
Tak kisah lah, suka diorang lah nak namakan pulau ni apa pun kan. 


Snorkelling kat Chicken Island ni. Acara yang sangat dinanti-nantikan. Seriously, sesiapa yang tak pernah snorkelling mesti akan ketagih snorkelling macam I. 
Nasib la cuma penagih snorkelling.


Tapi ada orang ni takut snorkelling. Katanya muka ikan tu garang dan macam nak makan dia
 Erkk..logik ke?logik ke? Apa-apa lah kakak lin
 Opsss..sorry kakak lin I terbocor rahsia.


Ikan-ikan yang dikatakan garang. (^_*)

Poda Island



Bila dah penat swimming and snorkelling, kami lunch di Poda Island. 



Makan buffet ala picnic gitu tau. 
Kat sini sangat sesuai untuk relax dan berposing. Ye, kami memang gila posing.
Posing memang tidak memenatkan bagi kitorang.
Sila jangan muntah dengan gambar-gambar ini semua. Kemalasan I nak collage memang sangat tinggi sekarang ni. So nahhh..lambakkan gambar di Poda Island.






Ok sudah la tu..Erkk.tak de lah banyak sangatkan.
Next!

Phra Nang Beach 


Last stop, Phrang Beach. Kat sini ada macam bentuk cave, cantik-cantik lak tu. 
Memang time kitorang bersantai atas air ni, MasyaAllah..Allah Maha Hebat. terpegun tengok keindahan alam ciptaan Allah ini. Tak dapat nak ambil gambar sangat sebab takut handphone masuk air. Tu la..siapa suruh tak beli cover waterproof kan. 
Bak kata Kakak Lin "Kenangan terindah ini kita simpan dalam ingatan kita je ok
Baiklah (-_-")



Lompatan terakhir sebelum pulang. Sila abaikan (-_-')

Ok, rasanya itu je aktiviti untuk 2nd day. Dalam pukul 5.30 petang kitorang sampai hotel dengan kepenatan. So far, Alhamdullilah..aktiviti sangat best dan tak ada masalah. Tourist guide ok, walaupun kurang explaination. Yang penting tak sakit hati. Ok, tak nak kenang kisah di Phuket.
Malam pula, kami berjalan-jalan di Ao Nang sambil mencari aktiviti untuk esok dan massage! Yeahhh..apakah pulak aktiviti untuk esok? 
Tunggu......

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!