Aug 15, 2013

Cuti-Cuti Krabi - Hat Yai : Day 1

Selamat Hari Raya!!
Bercuti raya lagi ke you olz? Diriku ini raya ke-5 sudah masuk office. Bukan boss tak bagi cuti, tapi kehendak sendiri. Banyak kerja tak settle lagi oiii. Sekarang ni kan semua pun timeline, semua pun KPI. Ku gagahi juga lah. Tapi kan..bila dah masuk office pun tak de mood nak kerja. Maklumlah mood raya tak habis lagi kan. Poyo kan? Pfftt~

Seperti di title entry kali ni pasal Percutian ke KRABI dan HATYAI!!!Amboiii sekali dua tempat you olz!!

Perancangan sebenar kitorang hanya lah nak ke Hatyai, nak naik train la konon sampai ke Hatyai. Siap beli tiket flight balik je tau. Dengan harapan dapat la menguji kekentalan dan feeling adventure dalam train tu. Tetapi apakan daya disebabkan tiket murah oleh Pak Cik AA kami terpedaya. Terus hilang semangat kekentalan, muncul pula bayangan percutian pantai yang indah.ngeeeh~




Sampai Krabi kami terus ambil shutter bas yang berharga 4500Bath untuk 3 orang ke Ao Nang Beach. Lama pulak tu dalam bas, menyesal tak naik taxi. Tu la, excited sangat nak ke Ao Nang orang panggil naik shuttle terus setuju. Konon-konon boleh sampai cepat la kan. Dalam 45 minit ke 1 jam jugak la baru sampai Ao Nang. Minta shuttle stop kat area Mc Donald, dapat info dari kawan-kawan yang area situ banyak hotel. Hotel memang kitorang planned nak walked in je.Ala-ala backpackers la kan, nak juga tau feeling adventure juga la konon. Masuk-keluar, masuk-keluar hotel. Kitorang tersetuju pilih La Venice Beach Hotel. Bajet sangat. Murah je 1500Baht maksudnye dalam rm150 semalam. Bukan takat murah, dekat dengan beach. Tapi yang penting ada swimming pool..Ermm, sebenarnya kitorang tak sempat pun swimming kat sini. (-_-")








Perkara paling wajib yang perlu dilakukan bila sampai Krabi jalan-jalan survey activities for next day. Aktiviti-aktiviti kat Krabi ni lebih kurang sama je aktiviti di Phuket, so disebabkan di Phuket dulu I dah pernah pergi Phi Phi Island dengan speedboat. For this time we olzz pilih la 4 Islands dengan longboat.Travel agent ni beritau 4 Islands ni tak sejauh Phi Phi Island, dekat je..sangat ok la kalau ambil longboat.

Banyak travel agent kat area Ao Nang tu. I survey dalam 2-3 kedai travel agents harga lebih kurang je. Malas nak fikir lagi terus setuju je.




Hotel dah check in, Tour untuk esok pun dah pilih. Perut pun dah berdondang sayang. Makan time!! For your info, makanan HALAL kat Krabi ni tak susah ya kawan-kawan. Krabi tak macam Phuket. Krabi banyak tempat makan HALAL cuma kebersihan je la yang kurang sikit. Tapi majoriti I makan ok je, tak kena lagi sakit perut walaupun stall kecik-kecik tepi jalan. Makanan pun sedap-sedap belaka. Nanti I post entry pasal makanan kat sana ok?

P/S : Perasan tak I tukar color tulisan? Ermm..sebab ada pengkritik komen color tulisan. Color pink tak sesuai, sakitkan mata readers katanya. 
Terima kasih pengkritik. Tapi still ada color pink, nak juga ya color pink. (^_*)

No comments:

Post a Comment

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!