Jan 1, 2013

Recap 2012

Untuk kali terakhir tahun 2012 ni, I nak recap balik entri yang di compose and save dan tak publish-publish sampai sekarang. Macam mana nak publish kalau asyik taip.save.taip.save lepas tu sign out. Memang tak kan habis la. So I cerita sikit-sikit je la, agak-agak boleh keluar balik 2013. InsyaAllah ye I post kan..


Penang, here I come again!
MasyaAllah..I memang jatuh cinta sangat dengan Penang! Makanan kat sana super duper lazat dan tempat dia menarik.  Stay sini terus pun I suka. Sesiapa yang pernah baca entri sebelum ini Penang Syurga Makan 
mesti tahu betapa bestnya Penang ni. Tapi sebenarnya ada banyak lagi tempat makan yang I tak tahu. Sedap-sedap lak tu. Contohnya Kedai Nsi Campur Sharna'na kat Bayan Baru. Superb you olzz I tell you!!
Lazat! Korang tak kan menyesal lah. *sharna, commission pleasee.. (^_*)


 Selain tu, nak cerita pasal kegilaan kami 4 sekawan kat sana. Tapi malang sekali kerajinan I tak tercapai.


Ya, Kami Penang super duper awesome!


Next, Tips Exercise Badan dan Kaki dalam Kapal Terbang.


Yup, tips ni sangat berguna untuk kita yang naik flight berjam-jam. Memang lenguh kan? I memang nak explain kat you olz, seperti biasa memang kesuntukkan masa. Tapi rasanya melalui gambar kat atas ni pun clear dah kan?

Bob Sakit.
Bob is one of my good friends. Kami berkawan sejak Primary School lagi. Bob sakit lung infection plus diabetes. Mengucap panjang I bila tahu dia dapat dua penyakit ni sekali gus. 
Risau, sedih dan geram pun ada. Geram sebab degil. Kalau nak tahu apa punca penyakit yang dia boleh dapat sekali gus ni adalah sebab makan lewat malam. Pukul 2-4 pagi makan pastu mandi terus tidur. Ya, selalunya ni berlaku kepada pemain-pemain futsal handalan dalam Malaysia ni kan? Sah-sah korang main futsal pukul 12 tengah malam, habis main pukul 2 pagi lepas tu lapar pekena nasi lemak ayam, balik rasa badan melekit kan? Eh jap, tak lupa juga hisap rokok 3-4 kotak sehari.
 Haiyaaa! Apakah?
 Tak kira la tengah malam tu korang main futsal ke, badminton ke, kerja ke, kalau boleh elak la makan tengah malam especially yang makanan heavy yang penuh berminyak dan kurang khasiat, kalau lapar sangat minum susu. Kesian la kat perut. Dah tu mandi tengah malam la pulak..alamak.kesian la kat paru-paru ye bang?
Ok, nampaknya dah membebel panjang untuk entri yang tak dapat dihabiskan sebelum ni.


Tengok ni, degil. Dah la diabetes, boleh pulak makan McDonald.Adussss!


Jalan-Jalan Putrajaya



Ek-eleehhh..nak cerita pasal Putrajaya je?Eh, I nak cerita pasal I naik boat kat Tasik Putrajaya ni. Haaa, confirm korang tak pernah naik kan? Sebenarnya I naik ni pun sebab mengikut kehendak si kacak kecil irfan tu. Tapi ok lah nak bawa budak-budak tengok swan yang tak bape nak ada tu. Hih.

Selamatkan al-Aqsa, Bebaskan Palestine


Astaghafirullah..memang kejam Israil Laknatullah ni. Yang ni I tak sempat nak cerita,
 In sha Allah I akan cerita untuk next entri. 

Banyak lagi entri yang I tak sempat dan tak dapat post untuk tahun 2012. Tapi jika ada kesempatan akan ku sambung pada 2013. InsyaAllah.Ewahh! 
Mata dah mengantuk dan pedih. Mahu tidur dulu.
Selamat malam. Selamat Tahun Baru 2013.




Assalamualaikum.


1 comment:

  1. Sindrom samalah, tulis post, berhenti setengah simpan dalam draft, lepas tu tak terupdate.

    ReplyDelete

Please take a little time to comment but don't forget to state your name, at least your nick name to easy for me address you!!