Aug 30, 2012

Coconut Shake Klebang

Pernah baca tak entri I pasal Melaka dulu, ala..mesti tak pernah. Memang la entri dah lama gila kot, zaman diriku ini berjinak-jinak blogging-blogging ni. 
Time ni I sibuk kata makanan kat Melaka sedap. Rupa-rupanya air dia pun sedap gila!
Sumpah tak tipu.
Air bukan sebarangan air, Klebang Original Coconut Shake kelass you olzz!


Kedai Coconut Shake ni betul-betul tepi jalan, dekat dengan petrol station Caltex. Kalau nak take away kedai boleh tepi jalan tu, kalau nak minum situ dan menikmati nasi lemak dan karipap yang sangat enak boleh melepak di warung kat dalam simpang tu. Biasanya pekerja dia yang kat kedai tu akan bagitau "nak minum, masuk dalam"


Tengok ni, yang ni warung kat luar petang pukul3 memang tengah panas terik. Memang beratur panjang untuk dapatkan Coconut Shake yang lazat tu. Ini untuk take away je tau



Yang ni pula, kedai kat dalam yang untuk melepak di sini. Kat sini yang I cakap nasi lemak dan karipap yang sedap tu. Tapi macam biasa penuh jugak. So I amik keputusan beratur je la kat luar tadi, sebab kalau tunggu ni memang tak tau bila diorang tu semua bangun dari tempat duduk diorang tu.

Nak try?kena ada kesabaran yang sangat tinggi, tapi kesabaran memang berbaloi baloi. Coconut Shake dapat menyejukkan hati kalian semua. Ewahhh!! 
Ermmm..Pak Cik Coconut Shake sila bagi 1 Coconut Shake free ye..penat ni promote. (^_*)

Aug 28, 2012

Beach Vacation to Langkawi Island




Surely truly madly deeply I love beach sooooo muchhhh!! 
Yup, Seperti sedia maklum I memang pencinta beach..Eleh, korang tengok kulit pun dah tau kan? I tak kisah pun yang penting kita enjoy! Lagipun kan ramai artis nak kulit ala-ala Beyonce ni, macam Ning Baizura, Nabila Huda haaa kan?
Apa-apa pun kali ni I bercuti dengan family ke Pulau Langkawi yang indah permai ni. Ini bukan first time kitorang ke sini, pilihan ke Langkawi ni pun sebab Mama, yela..dia suka sangat shopping  dan kitorang pulak suka beach! So memang seronok la dia kan.


Turun je dari flight I terus dapat kereta sewa yang memang kitorang dah booking kat kaunter sewa kereta kat airport tu. Kitorang booking Avanza tapi dapat Grand Livina, tak apa lah janji ada kereta nak bergerak. Sewa kereta kitorang dapat RM300 untuk 4hari 3malam. Murah la kan? Dapat je kereta terus check in hotel, niat di hati nak bermandi-manda kat Tanjung Rhu. Orang cerita mandi kat situ best. Tapi bila kitorang sampai dah tutup. Terpaksa lupa kan hajat dan mandi kat belakang hotel tu je. Pantai Tengah, Pantai Chenang. Kat situ pun best jugak.


Next day, kitorang Island Hoping naik boat 1 family pergi Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting, dan bagi makanan helang tak ingat la nama tempat tu. Kalau sesiapa ingat betulkan ye? Untuk Island Hoping ni satu boat RM220. Sebenarnya RM250 tapi dia bagi kurang RM220. Kitorang 6 orang dewasa 2 kanak-kanak so memang ok sangat la kan harga tu.




Tengok pandai tau dia buka zip beg tu.Yang ni sangat durjana sekali, walaupun dia seekor dia berjaya memusnahkan mood, barang-barang  dan makanan sesiapa yang datang situ. Pantang nampak beg plastik confirm dia rampas. Memang tak ada belas kasihan langsung. Confirm hati tak tenang bila nampak dia.


Perasan tak bentuk bukit ni macam bentuk ibu mengandung yang tengah baring? Haaa, sebab tu lah nama tempat ni Tasik Dayang Bunting.




Kitorang teringin sangat nak mandi kat tasik ni, tapi mama tak bagi so pendam kan je la hasrat ni. Sobsssss..




Tasik Dayang Bunting terlalu banyak monyet so I ingatkan sekali lagi kalau nak datang sini jangan ngada-ngada nak bawa makan dan simpan dalam beg plastik lepas tu berjalan berlenggan sebelah monyet-monyet ini ye. Belum pun sempat korang berlenggang dorang dah rampas buat harta sendiri. Kalau ya pun nak bawa makanan simpan dalam beg bukan plastik tak pun letak kat dalam boat. Makan dalam boat je. Tak ada lah sakit hati nanti. Unless korang memang baik hati nak bagi kat dorang.

Lepas je satu hari kitorang Island Hoping, next day kitorang buat aktiviti tanpa air. Naik cable car dan Rumah Mahsuri. Naik cable pun tak mahal seorang dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10 tapi kena guna mykad kalau nak harga tu.




Ini yang paling menyedihkan SkyBridge yang diidamkan tutup. sobssss..





Kota Mahsuri time!! I memang suka sangat cerita Mahsuri, kalau dengar berpuluh-puluh kali pasal Mahsuri pun tak apa.


Aktiviti seterusnya memang dihabiskan untuk teman mama shopping. Ye, itu perjanjian. Nak tak nak kena jugak teman dia shopping kat Pekan Kuah tu.

Kalau korang tanya pasal makanan kat sana, I belum jumpa lagi la makanan yang sedap-sedap. Ermmm..so I tak dapat recommend kat mana-mana yang sedap. Sorry tak membantu.  


Overall, dah nama pun bercuti dengan family jadi semestinya BEST!! Super duper best!! Terasa sangat selamat dan di protect. Chewwahh! Padahal lebih save bajet..yela ayah sponsor..Erkkk..Ok bye

Aug 26, 2012

Bali jadi Balik Pulau?

Ayah suruh booking ticket flight ke Bali tapi diriku yang konon-konon bijak ni pergi booking ke Balik Pulau. Tu lah akibatnya bila terlampau excited. Haihhhh...
Tak pasal-pasal ayah suruh tengok peta dunia belajar geografi balik.


Gelak la puas-puas. Sekarang ni I kena ganti duit flight ticket ke Balik Papan ni, gara-gara salah booking. Ermmm..ada sesiapa nak pergi Balik Papan tak? I jual tiket murah je..sobssss (-_-')

Aug 24, 2012

Life was such a precious thing, easily broken right?

There are those day when I feel like I could cry for a billion reasons, bagai jatuh ditimpa tangga.When I try to sit down and think about them in order to solve it,too difficult for me to determine the issue in the first place. Maybe I'm too Drama Queen and gila emotional. I know what's wrong and I don't know what makes it wrong. I just want to fix it but I don't know how!! Arghhhh!

MasyaAllah..it not so easy to smiling and laughing when you're tak ada feeling langsung.  I'm not actress so sometime would be KANTOI. It more hurt when you looked your parents unhappy and depress. Astaghafirullalazim.


Ya Allah..please help us to overcome all problems. Please help mend this dark heart of mine, I wish to be on the right path..Help me be the most patience person I can ever and help me please Allah to be the most kindest person I can ever be.Ya Allah please give me a sign, form of guidane to be strong..Ameen

Aug 23, 2012

Nasi Daun Pisang

Entri ni I buat seminggu sebelum raya tapi disebabkan kebijaksanaan yang tak tekan butang Publish ini lah akibatnya (-_-') Korang layan je la entri yang dah berzaman ni ye..sobsss..

"Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Wahh!terasa macam tazkirah kat masjid pulak. Ehh jap, puasa tak ni? Ke ada yang ponteng ni?Haippppp!!

Disebabkan sekarang ni berkhidmat kat tempat puasa, so situation lain la sikit. Kalau kat sini bulan puasa ni agak relax sikit kot, tak heavy dan seteruk hari biasa. Maybe sebab Muslim's environment kot. Nak bagi peluang habiskan masa denganNya. Tapi lepas Ramadhan?
Erkkk?Tak mahu cerita lagi plzzz..

Kita cerita buka puasa atau ramai orang sebut iftar ok? Baru-baru ni kawan-kawan office ajak berbuka puasa Nasi Daun Pisang. 



Menarikan? Dalam bulan Ramadhan ni dah 2 kali kot I makan ni. Punyalah ketagih benda ni kan. Padahal sebelum puasa I pernah sekali je kot makan tu pun 1 minggu sebelum puasa. Kepada penggemar kari, memang kalau datang sini
 Memang kalau kawan I tak ajak ke sini, I tak pernah tahu Nasi Daun Pisang macam mana. Haishh..teruk betul ye.



Kalau nak try kelazatan Nasi Daun Pisang ni kat Bangsar, berdepan dengan Bangsar Village.
Sebaris dengan restaurant anak Chef Wan, Restaurant Chawan dan Baskin Robbin.
 Restoran Sri Nirwana Maju signboard PINK. Kira cukup la tu kan direction tu. Confirm u olzz jumpa.
Selamat Hari Raya!! Bye!

Aug 20, 2012

Syawal 1433 Hijrah

Salam Syawal. Wahhhh...Alhamdulillah,kita selamat menghabiskan puasa selama 30 hari..tapi kepada yang tak cukup sila ganti segera ok.


It's not too late to wish Selamat Hari Raya to all of you and please drive carefully when on the road. Forgive me from anything wrong doing. Have a blast with the foods and good times with family and friends!
 Maaf zahir&batin!

Aug 13, 2012

I'm not Good

I'm Not Good, But I try to give the very best..