Jan 13, 2012

Muslimah sejati

Bismillahirahmannirahim,
Hello!!Kali pertama tulis blog untuk tahun 2012. Eh..sekarang dah 2012 siottt. Mesti ramai orang akan benci bila langkah tahun baru sebab banyak azam tahun lepas tak dapat dicapai. Tapi cuba kita muhasabah diri dan kita pusing ke belakang kita akan "whoah!banyak benda yang dah berubah sepanjang 2011 ni dan banyak pengajaran yang kita dapat" 
Weii,sudah basi lah. Dah nak masuk bulan Februari orang dah cakap pasal ni dah lama dah.
Erkk? Yeke? Pantas sungguh masa berlalu. Sekarang ni I pun dah masuk sebulan kat tempat baru. So far so good, kerja banyak tapi still boleh manage, tidak seperti dahulu. Aww..sudah! Tidak mahu lagi ingat masa dulu. Chewahh!
Sebenarnya nak cerita mulanya tahun 2012 ni, Dania yang perasan dia Princess Dania tu sudah masuk sekolah!
Dania : Neeya kat school good girl sangat. Tak nangis pun. Ada boy tu nangis je. Lama pulak tu. Neeya dengar je cakap teacher. Bla.bla.bla..bla.. Best sangat school!Bla.bla.bla..  *boleh muntah tau dengar cerita dia


Ada gaya muslimah sejati tak? Time jemput kat sekolah Tok Wan pun tak kenal ni cucu dia.
sucinyeee muka!!
Mula-mula excited lah, masuk minggu ke2 dah nangis tak nak pergi school.
Boy yang nangis tu pulak tengok dia nangis.