Apr 30, 2011

Tragedi April


Hidup ni dah macam dah jatuh bergolek - golek kena timpa - timpa batu bergolek pulak rasenye..eh pe tu?erkkk..entah.
haisshh..ni apasal lak ni?
bulan April ni bukan takat stress kerja yang macam-macam hal je, tapi macam-macam musibah terkena..haihhh~mengeluh kejap..
dalam bulan ni je I kena 2 saman, mula kena saman polis sebab salah parking so melayang RM150 then kena saman pulak dengan Majlis Perbandaran..arggghhh~~benci!!melayang lagi duit!!!
Musibah lagi, I terjatuh bergolek-golek..ok, tipu bergolek-golek tu tapi I memang jatuh, I jatuh sampai lebam-lebam dan luka kat badan & kaki..uwaaaaa~~kaki dah buruk dan badan sakit-sakit!!tidakkkk!!
Sekarang ni pulak dah 2-3 hari demam selsema, gara-gara Prince William kahwin dengan Kate Middleton.teeet~~ no more dream of you William..sob..sob..tissue please!!
Amboi!berdrama la pulak.
Dan ada lagi musibah lain tapi tak pe lah tulis kat dalam diari je la.
Ehh,ade ke diari? 'Diari di Hatiku' lah
bluweeeekkk..muntah jap.terjiwang lah pulak.
Tak kisah la, apa-apa pun kena selalu ingat 
Allah will surely test you with some fear, hunger and shortages of property, people and produce. But give good tidings to the steadfast..
Insya'Allah...amin~
Dalam masa yang sama jugak, rasa yang sangat-sangat bersalah sebab dah lama tak updated blog yang tercinta ini. Seribu kemaafan.Tapi percaya lah ni semua bukan disengajakan..sob..sob..sob..
(-_-,)

Apr 13, 2011

Hadiah Birthday dari Nuffnang!!!

 Walaupun I tak dapat apa-apa lagi income dari Nuffnang..sob..sob..sob..
Tapi Nuffnang bagi I hadiah birthday 4 tiket tengok wayang free kat TGV!!
Thank you!Thank you!Thank you!Thank you soooooooo muchhhhh!


Yang sedihnya, disebabkan terlalu busy I terambil tiket ni lewat, 3 hari lagi nak expired date.adusss!
Plan yang konon-konon nak ajak Mil & Eisya tengok wayang free kecundang sebab 3 hari tu bukan weekend. Terpaksa tengok weekday tu pun rushing! (-_-)


Lagi 2 tiket terpaksa serah kepada orang tidak berkerja dan tidak bersekolah.
Apa-apa pun, terima kasih Nuffnang!!!
Love you!!!Mmuaaaahhhhhhhh!!!


Apr 12, 2011

Kesegaran yang memuncak disini!!

Bulan April bulan yang sangat-sangat sibuk, kerja menimbun-nimbun. 
Eh, betul ke kata ganda tu?
Errkk..(-_-)
Kesibukan sampai tak sempat nak menulis blog..haishh.
Ini pun curi masa sikit, ni I nak show off gambar kat tempat confirm ramai yang tak tahu,
jeng..jeng..jeng..

Hutan Lipur Jeram Tengkek, Negeri Sembilan
Welcome!Welcome!


Tempunek? Errkk?
Jauh juga sebenarnya nak mendaki ke puncak air terjun, adventure tau!!
Boleh percaya ke adventure I ni? 
Tak pe, you all pergi tengok sendiri nanti ok. (-_-)
  
Bila dah sampai kat air puncak air terjun yang diingini;
semua hilang pertimbangan..hmm..tak payah cerita lah ye,
tengok sendiri;
Si kakak & adik yang terlebih kegirangan!!!
Si daddy yang hilang kawalan!
Si tok wan yang menghayati keindahan
 
Si aunty Cu yang menjadi terlampau keamanan!
Aunty yang over!!
 Ye, kami memang terlebih sudahh!!!
 Air terjun ni bukan takat sejuk dan best, kawasan air kat sini tak tercemar macam air terjun kat tempat lain.
So tak de lah rasa kegatalan kulit berlaku!!
Kawan-kawan tersayang!! kalau nak camping ke, jungle trekking ke, sini lah tempatnya!!
Jom!Jom!Jom!!

p/s: Nak tahu mood sebenar anak-anak?

Apr 5, 2011

Laksa Langkawi Memang Terbaik!!

Ya, betul!!!
Memang sangat-sangat terbaik.
Sesiapa yang suka sangat makan laksa dan tiba-tiba nak ber'vacation' boleh ke sana.
Sumpah sedap deh!!



Terbukti kan?

Bukan takat boleh menikmati laksa yang enak je, boleh gak menikmati keindahan pantai..
huwaaaa~~cayalah!!




Hanya dengan lori boleh menjual laksa yang marvelous!!

Ok, Mak Cik. Sila belanja saya makan laksa, penat dah promote ni..ngeeee~
Tapi kalau tak silap laksa ni laksa belut, betul ke?
Errrkk..I pun tak tahu sila bertanya kepada mak cik dan pak cik itu.